With love, Me. ^^


Happy 7th anniversary to TVXQ. Whenever I say TVXQ, it means five. Forever. I may not a dedicated fan who will spend her day and night trending your name on twitter, being admin of fan-base accounts, take part in forum discussion or buying all of your albums, singles and merchandises, because I'm merely a little girl who has nothing. Neither time nor money. The only thing that I can promise is, no matter who you are, JYJ or HoMin, my bias or not, and no matter where I stand, who I'll be, I'll listen to you forever. Can I say, my music is my life..? lol. and believe me, you're my melody. Melody is a part of music, ain't it? And yeah, what else (money is not counted here, love too. yes bcoz we know everyone loves money and people need love) could bring happiness to a singer or musician except knowing the fact that there is someone in this world appreciates his pieces?^^

And yeah, the same goes with NEWS too. Your Never Ending Wonderful Story will never fade, at least from my memories. :)

To myself, readers, TVXQ, NEWS, and anyone who happen to stumble across this blog, No matter where you stand, or how hard it can be, always believe, tomorrow will definitely comes. Brings hope. God always with us. Kanarazu asuwa kuru kara.

With love,
Me ^^
-261210-

Love letter :)



Mula busy dengan Uni. The cycle repeats again-Lab reports, assignments, viva, quizes, tests, lectures, blablabla everything. However, akan cuba update sekerap mungkin. Please, bear with me okay? ^^

Friday, April 15, 2011

few words from me. ^^

hello guys!

i'm gonna reconstruct A Song for You after my final exam for this semester.

not the whole story, only certain parts and certain characters.

So, please, wait for my comeback.

i'm sorry for being sooooo uncommitted to my so called novel. truly sorry for that. such a pathetic storyteller. 

Oh yes,  my exam gonna start this monday till 29 april. got 8 papers to go. So, wish me luck. 

love,
Ayumiyoshida

Sunday, March 20, 2011

Cover A Song For You

 

i’m supposed to do my never ending online assignments and study for tomorrow’s quiz but well, looks like im slaking again. shame on you Nurul. Gezz. Never mind, i just love those pics and put them on one canvas, to make it as my so called novel’s cover. oh im just lovin it! oh yeah, im not a pro in photoshop and i dont do anything so called ‘technologies’ and whatsoever. and i dont even use photoshop. See, how kesian? photoshop pun tak ada. kalau ada pun belum tentu reti guna. hahaha. Any comments? i hope you guys like it. tolong bagi feedback ya? ^^

 

asfu6

Saturday, March 19, 2011

sorry… | other sides of me

 

 

sorry for not updating for so long. i guess you guys should know, i’m a pharmacy student by day and an amateur writer by night who only know how to tell stories from her heart, not a wonderful professional writer who wrote bestsellers. yes, nobody knows this side of me. This is sort of secret in my life. Being a pharmacy student, it comes with a lot of expectations and responsibilities which somehow can be quite a burden to me. But, i believe, this is how things go. Sometimes we need to suppress half of our side to perform the other part. this is what we called sacrifice.

 

Yes, i miss both of them. Hanah and Jae Young. I miss A Song For You. I miss their warm and love. A lot of ideas popping in to my mind everyday and night. hopefully, i could paint their story here right after my final exam. Till then, goodbye.

 

 

lots of love,

ayumiyoshida.

Thursday, January 6, 2011

A Song For You | Chapter 6

 

Pagi-pagi lagi kelas 3A sudah riuh dengan bunyi suara para pelajar yang berlainan gelagat. Ada yang sibuk membelek cermin. Dua tiga orang pelajar perempuan sedang sibuk membelek majalah sambil bergosip. Sekumpulan pelajar lelaki berkumpul di tengah kelas bermain trump card. Mereka difahamkan guru-guru sedang bermesyuarat, jadi kelas pun bertukar wajah menjadi seperti game archade.

Hanya dua tiga orang sahaja yang sibuk menulis. Itu pun mungkin kerja rumah hujung minggu yang tak siap. Copy and paste lah tu. Trend budak sekolah zaman sekarang. Walaupun mereka budak cerdik pandai, namun sifat malas tetap ada. Lagi-lagi ketika awal minggu persekolahan. Mood belajar masih belum datang. Tunggulah selepas cuti musim panas, barulah masing-masing sibuk fokus belajar untuk menduduki ujian kemasukan universiti.

Nun di satu sudut, hujung sebelah kiri baris kedua dari belakang, Hanah sedang tidur dengan nyenyaknya beralaskan buku teks biologi dan telinganya disumbatkan dengan mp3. Keriuhan kelas langsung tidak mengganggu tidurnya. Min Ji yang duduk disebelahnya hilang entah ke mana. Mungkin ke bilik guru menghantar kerja rumah. Awal pagi tadi, ketika ketua kelas sibuk mengutip buku latihan, Min Ji adalah salah seorang yang masih lagi terkial-kial menyudahkan kerja. Sudahnya si ketua menyuruh Min Ji menghantar buku-buk tersebut ke bilik guru.

“tokk tokk tokk.” Bunyi ketukan meja mengganggu tidur Hanah. Dia mengangkat kepala. Duh. Perempuan ni. Detik hatinya. Kepala ditelangkupkan kembali ke atas meja.

“Damm!” sekali lagi meja di ketuk. Kali ni lebih kuat.

“Hoi, kawan baik kau mana?” Hae Ra, musuh tradisi Min Ji bercekak pinggang. Bijak, cantik, kaya dan berpengaruh. Pakej yang cukup untuk melayakkan Hae Ra mendapat gelaran ratu Sekolah Tinggi Royal (STR). Jawatan penolong ketua pengawas yang turut disandang melengkapkan lagi gelaran.

“Mana aku tahu.” Suara Hanah kurang jelas. Wajahnya masih lagi ditelungkupkan di atas buku biologi.

“Kau cakap kat dia, rehat nanti aku nak jumpa. Aku ada perjumpaan pengawas kejap lagi. ” Hae Ra terus berlalu. Hanah mengangkat muka. Memandang susuk belakang Hae Ra yang kian menghilang dengan rasa menyampah.

Satu sekolah tahu bahawa Min ji dan Hae Ra memang tidak boleh berjumpa. Macam api dengan minyak. Kerja mereka hanya bercakar saja. Dan semua orang pun tahu mereka adalah sepupu. Itu yang menghairankan Hanah. Bukan ke blood is thicker than water? Ah, tapi situasi dia pun sama juga. Bukan ke dia dengan mamanya itu turut berkongsi darah yang sama? Dan lagi satu, perkara yang turut menambah kepelikan dia lagi, boleh pula mereka berkongsi minat yang sama. Ultimate. Hairan sungguh dia mengapa dua sepupu itu memilik taste yang sama. Hai la…

Hae Ra dan dua orang lagi rakan baiknya adalah model sambilan di bawah syarikat pengurusan yang sama dengan kumpulan Ultimate. Di sekolah merekalah yang banyak bercerita tentang Ultimate. Jadi, kebanyakan mereka yang sanggup menahan sedikit perangai ratu Hae Ra adalah peminat Ultimate. Namun, tidaklah terlalu ramai peminat Ultimate di sekolahnya itu. Nama Ultimate tidak lah segah nama TVXQ atau mana-mana lagi penyanyi senior yang sedang berada dipuncak populariti mereka ketika itu. Walaupun sudah hampir 3 tahun debut, Ultimate masih lagi sebuah kumpulan music yang baru hendah belajar berdiri tegak dan mencari identiti. Manakala, jika terdapat pelajar lelaki yang meminati Hae Ra dan sanggup bertahan untuk melayan kerenah cik ratu sekolah itu, semestilah sebab Hae Ra cantik dan popular. Mulut pun manis. Pandai bercakap. Tak hairanlah dia kalau guru-guru pun suka.

Maka, disebabkan Min Ji tadi, dia pun ditarik sama menjadi musuh sasaran Hae Ra, lebih-lebih lagi selepas insiden pergaduhan antara dia dengan Hae Ra tahun lepas. Menjadi musuh sasaran Hae Ra adalah satu perkara yang paling dia lemah. Bukan dia takut. Tapi dia malas. Walaupun Hae Ra nampak bijak, cool dan hebat pada zahirnya, tetapi apabila melibatkan orang yang tidak disukainya, tindakan Hae Ra langsung berubah menjadi tidak matang. Contohnya, sesiapa sahaja yang suka memuji-muji atau memuja-muja Jae Young berlebih-lebihan pasti akan mendapat sedikit habuan daripada Hae Ra dan kuncu-kuncunya. Macamlah Jae Young itu kekasihnya. Padahal mereka hanya bekerja di bawah syarikat yang sama. Belum tentu si superstar tu kenal Hae Ra. Eh, ke mereka memang saling mengenali? Entahlah. Hanah malas untuk memikirkan itu semua.

Sedang asyik dia mengelamun, ketua kelas 3A menjengah di muka pintu hadapan kelas. Lelaki tinggi dan berperwatakkan kemas berkarisma itu mengetuk-ngetuk daun pintu. Lelaki yang disanjung bagaikan seorang putera terhebat yang tiada tandingan di dunia. Lelaki yang menjadi rebutan dan pujaan ramai pelajar perempuan sekolah itu termasuk juga sekolah-sekolah berhampiran. Malah, guru-guru wanita juga tidak kurang hebatnya. Pasti ada seorang dua yang akan melebihkan lelaki itu berbanding pelajar lain. Ke mana sahaja dia pergi, kehadirannya tidak pernah ditolak, malah dirai. Anak emas sekolah adalah gelaran rasmi untuk lelaki itu. Dan lelaki itu jugalah yang menjadi punca pergaduhan dia dan Hae Ra ketika mereka di tahun dua. Kini, seluruh kelas telah mengalih perhatian ke arah ketua mereka.

“Kita akan dapat guru kelas baru ganti Puan Song guru kelas kita tahun lepas. Guru baru ni jugak yang akan ajar biologi.” Kelas menjadi riuh semula. Masing-masing sibuk membincangkan berita ringkas yang baru mereka terima.

“Lagi satu, guru music kita jugak akan bertukar. Dia akan mendaftar minggu depan.” Dia berjeda seketika. “ Mereka guru sementara, cuma aku tak pasti sampai bila mereka akan ajar kita.” Rakan-rakan kelasnya menggangguk.

“Aku nak pergi perjumpaan pengawas. Jangan bising sangat.” Kim Jung Min berlalu. Selain ketua kelas 3A, dia juga adalah ketua pengawas merangkap ketua pelajar sekolah itu. Pelajar 3A masing-masing malas hendak jadi ketua kelas lantas sepakat menyuruh Jung Min menjadi ketua kelas mereka. Seperti tahun-tahun yang lalu. Manakala, Min Ji pula penolongnya. Jung Min tidak kisah walaupun tahun ini dia juga sibuk sebagai ketua pelajar.

 

*******

 

jaejoong_05082009105146 Jae Young merebahkan dirinya ke atas katil. Fikirannya kusut. Panggilan telefon yang diterimanya daripada Min Ji sebentar tadi benar-benar membuatkan amarahnya sampai ke puncak. Papanya tidak sudah-sudah menyusahkan dirinya. Arahan terbaru papanya semalam nampaknya betul-betul serius dan akan berkuatkuasa bila-bila dari sekarang. Itu cukup untuk membuatkan hatinya panas. Semalam, setelah pulang dari hospital, dia merancang untuk memekakkan telinga dan tidak mempedulikan arahan papanya. Namun panggilan dari Min Ji tadi membuktikan kali ini papa mereka tidak akan sekadar berdiam diri, menurut segala kedegilannya.

“Sambung pengajian sekolah tinggi kamu atau berhenti terus daripada menyanyi.” Terngiang-ngiang arahan papanya di telinga. Itu adalah arahan kali kedua yang diberikan kepadanya malam tadi melalui panggilan telefon. Namun, dia masih tetap seorang Jae Young, diam membisu tanpa sepatah kata sehinggalah papanya sendiri mematikan talian.

Dia telah meninggalkan alam persekolahan selama setahun lebih mungkin. Selepas insiden pergaduhannya di tahun tiga dahulu, dia telah dibuang sekolah dan tiada sekolah yang sanggup mengambil Jae Young sebagai pelajar. Penyanyi jika tak graduate sekolah tinggi pun tak mengapa. Tak menjadi satu masalah. Itu antara alasan yang dia terima dari pelbagai sekolah yang dia mohon selepas dia dibuang sekolah. Akhirnya dia telah berputus asa dan mengambil keputusan untuk tidak menyambung persekolahannya. Sudah pasti keputusannya itu ditentang habis-habisan oleh si ayah. Namun, hanya dipekakkan telinga.

Sejak kecil Jae Young sudah terbiasa duduk di rumah datuknya sebelah mendiang mamanya. Jadi, dia dan papanya sememangnya tidak pernah rapat, malah semakin renggang sejak kematian mamanya. Pasa usia yang hanya setahun jagung, dia telah menjadi saksi peristiwa pahit dalam hidupnya itu. Melihat kematian mama sendiri di depan mata adalah satu perkara yang sangat pedih.

Difikirannya jelas terbayang pergaduhan antara papa dan mamanya petang itu, ketika dia baru pulang dari sekolah. Pada masa itu, dia masih berusia 10 tahun. Masih mentah untuk memahami punca sebenar pergaduhan orang tuanya. Apa yang dia jelas cuma tangan hangat mamanya mengheret dia keluar dari rumah, dan membawa dia ke sebuah taman permainan. Di situ, mamanya menangis teresak-esak. Dia disisi hanya sebagai pemerhati. Tangan hangat mamanya masih digenggam erat.

“Mama minta maaf, sayang.” Mamanya mengesat air mata. “Berkahwin dengan papa adalah penyesalan terbesar dalam hidup mama.” Dia yang masih tidak mengerti hanya berdiam diri. Mama memeluknya erat. Sehingga kini masih jelas terasa hangatnya pelukan itu.

sleepdbsksyc16“Jaga adik baik-baik ya, sayang.” Tengiang-ngiang suara lembut mamanya. Dan ketika itulah, tidak semena-mena mamanya bangun dan berlari ke arah jalan raya. Dia yang masih kecil hanya mampu menyaksikan tubuh langsing mamanya hancur digilis lori. Betul-betul dihadapan matanya.

Jae Young mengeluh. Dilonggarkan ikatan tali lehernya. Dua butang teratas kemejanya dibuka. Jarinya tersentuh sesuatu. Seutas rantai berloketkan sebentuk cincin, satu-satunya tinggalan mama yang masih disimpan dan tidak pernah ditanggalkan dari tubuhnya. Kepalanya terasa berat. Akhirnya, Jae Young terlena sambil tangannya menggenggam erat rantai sudah dianggap seperti nyawanya itu.

Friday, December 31, 2010

A Song For you | Chapter 5


Segalanya sudah selesai. Jae Young menarik nafas lega. Dia betul-betul bersyukur kerana Min Ji sudi menghulurkan bantuan. Tapi sekarang timbul satu masalah lain. Dia merenung lama bangunan serba putih itu. Min Ji ni betullah…

“Abang...sampai bila nak duduk sini je? Cepatlah. Min Ji lapar ni.” Tangannya ligat mengusik-usik barang-barang Jae Young di dalam kereta itu.

Jae Young sekadar mengerling. Makan, makan. Tadi baru makan. Makan lagi. Detik hati Jae Young. Bibirnya dicebik. Di lepaskan tali pinggang keselamatan. Dia mengeluh. Ini semua Min Ji punya pasal. Main syarat-syarat pulak.

“Abang tak payah nak umpan Min Ji dengan Woo Min. Kalau abang nak Min Ji tolong, janji dengan Min Ji abang akan ikut Min Ji pergi satu tempat esok lepas Min ji tolong abang. Kalau tak jangan harap.”

Tak sangka pula dia tempat itu adalah tempat terakhir yang akan dijejakinya. Itu pun jika benar-benar terpaksa.

“Abang... dah 30 minit kita dekat sini..” rengek Min Ji.

Jae young mencebik lagi. “Sejak bila jadi licik macam ni? Tau kan abang tak suka nak jumpa papa?”

“Alah, Min Ji dah malas nak dengar papa asyik bising pasal abang dekat rumah, lepas tu asyik tanya Min Ji ada tak Min Ji jumpa abang. Jadi, dah ada peluang, Min Ji bawak aje lah abang jumpa papa. Senyap sikit dia lepas ni.” Omel Min Ji. Muncung.

“Yelah-yelah. Banyak cakap la budak ni.” Pipi Min Ji ditarik. Dia mencapai kaca mata hitamnya lantas keluar dari perut kereta.

Min Ji tersengih. Fuhh~ Akhirnya berjaya juga dia memujuk abangnya. Bukan senang ni! Min Ji menunggu di dalam kereta. Malas hendak ikut abangnya masuk ke dalam bertemu papa mereka. Dia kurang gemar masuk ke hospital kerana kurang suka akan bau ubat-ubatan. Lagi pun, dia memang mahu memberi ruang kepada abangnya dan papa mereka bercakap dengan lebih selesa. Dia tidak mahu kehadirannya mengganggu mereka.
 
 
********
 
 
“Keadaan Ha Ru stabil. Jangan risau. Tapi pastikan dia tak melakukan aktiviti yang memenatkan macam berlari atau terlalu banyak berjalan. Saya takut kalau masalah macam ni timbul lagi. Keadaan jantung dan paru-paru dia terlalu lemah untuk aktiviti-aktiviti macam tu.” Dr. Park memberi sedikit peringatan sebagai kata-kata akhir kepada Hanah dan datuknya. Mereka sekadar mengangguk.

Hampir setengah jam mereka mendengar penerangan Dr. Park tentang keadaan penyakit Ha Ru. Mereka bersalaman. Dr. Park  turut bangun mengiringi mereka keluar.

“Sifu jangan risau. Saya sentiasa cuba yang terbaik untuk pesakit saya.” Dr. Park menepuk-nepuk bahu datuk Hanah. Encik Lee mengangguk-angguk. Tidak disangka yang anak muridnya dulu, kini telah Berjaya menjadi seorang Pengarah Hospital. Park, pelajar miskin, tetapi bijak dan rajin berusaha. Dia selalu mengagumi pelajar itu. Park adalah pelajarnya ketika zaman awal dia menjadi seorang guru. Ketika dia masih belajar menimba pengalaman. Semalam ketika Ha Ru dimasukkan ke wad, Dr. Park segera dapat mengecam wajah Encik Lee. Mereka berborak panjang dan Dr. Park memanggilnya dengan gelaran sifu kerana Encik Lee adalah guru yang paling dia hormati juga kagumi.

Hanah dan Datuknya kembali ke bilik Ha Ru. Sesampai di sana Ha Ru sedang lena tidur. Mungkin baru selesai diberi ubat. Mereka berdua duduk di sisi Ha Ru. Hanah mula terasa lapar. Matanya meliar mencari jam di dinding. Pukul 2 petang. “Atuk nak makan apa? Biar Hanah beli makanan. Atuk rehat dulu dekat sini.” Hanah bangun membetul-betulkan skirtnya .

“Atuk ikutlah. Kita makan sama-sama. Ha Ru tidur lagi pun.” Encik Lee bangun.

“Tak payahlah atuk. Atuk rehat je, ye?” matanya memandang sekeliling. “Aaa, atuk rehat dekat sana.” Hanah menarik tangan datuknya ke arah sebuah sofa di situ. “ Okay, atuk boleh tidur ke, rehat dekat sini, nanti Hanah bungkus makanan dari cafeteria, lepas tu kita makan sama-sama? Boleh?”

Encik Lee senyum. Dia mengangguk.
 

 
************
 
 
Sebaik Jae Young melangkah ke dalam bangunan hospital, beberapa orang jururawat muda berbisik-bisik dan menunjuk-nunjuk ke arahnya. Jae Young kurang selesa. Isy, dah pakai shades ni pun orang masih cam aku ke? Nanti tiba-tiba karang muncul wartawan dekat sini, satu hal. Dia melangkah ke lift. Hanya dia berseorangan. Lega. Kaca mata hitam ditanggalkan. Lalu menyandar ke dinding lift. Sebelum sampai ke tingkat yang ingin dituju, lift berhenti dipertengahan. Masuk dua orang doktor senior. Mereka menyapanya. Jae Young sekadar angguk dan senyum. Tidak ramai yang tahu Jae Young adalah anak pengarah hospital. Mungkin hanya pegawai atasan seperti mereka sahaja yang tahu. Berlainan dengan Min Ji. Hampir seluruh hospital mengenali Min Ji sebagai anak pengarah. Mungkin kerana Min Ji kerap ke sini.

Jae Young sampai ke tempat yang di tuju. Di mengetuk pintu.

“Masuk.” Terdengar suara Dr. Park dari dalam.

Jae Young masuk bersahaja. Wajahnya tanpa expresi.

“Nak jumpa saya sangat kenapa?” Jae Young bersuara dingin. Langsung tidak memandang wajah orang tua di hadapannya.

“Duduk.” Arah Dr. Park. Jae Young sekadar menurut.

“Sihat?”

Jae Young mencebik. “Itu soalan doktor atau seorang papa?” sindirnya.

Dr. Park mengangguk. Di menyandar di kerusi. Tangannya disilang ke dada. Terdengar sedikit keluhan kecil.

“Sampai bila kamu nak hidup macam ni? Tanpa tujuan.” Matanya masih melekat di muka Jae Young.

Diam. Hanya detak jarum jam mengisi kesunyian.

“Papa nak kamu sekolah semua. Kemudian masuk universiti.” Tenang tetapi tegas arahan Dr. Park.

“Apa??” Jae Young mula melenting. Badannya ditegakkan. Dia mula merenung papanya. Tajam.

“Ini arahan papa. Muktamad.” Dr. Park memberi kata putus.

“Apa semua ni? Guna Min Ji untuk bawa saya datang sini, lepas tu suruh saya sekolah, sambung universiti, lepas tu apa? Suruh saya ambil alih hospital ni???” Tinggi suara jae young. Dia menolak kerusi dengan kuat. Bangun menuju ke pintu.

“Dengar sini!” Tengking Dr. Park. Dia bangun dari duduk. “Selama ni papa ikutkan je perangai kamu. Papa suruh jadi doktor, kamu nak jadi penyanyi. Papa tak setuju, kamu buat jugak. Impian konon. Buat masalah di sekolah, lepas tu apa jadi sekarang dengan karier nyanyian kamu? Masuk majalah, surak khabar, scandal sana-sini. Sampai bila kamu nak hidup macam tu? Sampai mati?”

Langkah Jae Young mati. Tangannya yang sedang memulas tombol pintu turut terhenti.

“Sampai mati? Huh?” Jae Young senyum sinis. “Hari kematian mama adalah hari terakhir saya hidup. Huh! Doktor…” Jae Young kembali berpusing menghadap Dr.Park.

“Tuan doctor, saya tak teringin untuk jadi macam kamu.” Sinis nada itu.

“Papa tak suruh kamu jadi doctor, papa mahu kamu graduate dari sekolah tinggi sambung universiti. Kalau kamu nak jadi penyanyi, jadi penyanyi yang ada kualiti, bukan sensasi dengan skandal dan gossip murahan. Buktikan kualiti kamu.”

Jae Young diam. Dia tidak menjawab sepatah dan terus keluar menghempas pintu. Dia tahu ada benarnya disitu. Tapi, bukan dia yang mengundang gossip-gosip itu semua. Papa tak pernah faham.

Fikiran Jae Young berkecamuk. Langkahnya laju. Dia hanya ingin pulang ke rumah. Sakit hati mengingat kata-kata papanya.
 

 
**********
 
 
Hanah berjalan menuju ke pintu masuk utama. Kafeteria yang terpisah daripada bangunan utama hospital membuatkan dia terpaksa berjalan jauh sedikit. Tetapi dia tidak kisah. Dua bungkus Mee Sup di tangan kiri. Manakala tangan kanannya menggenggam tin Nescafe. Dia minum sambil berjalan. Matanya meliar ke seluruh kawasan hospital. Cantik jugak tempat ni. Detik hatinya.

Tiba-tiba, “Aduh!” Hanah jatuh terduduk. Nescafe tumpah ke baju. Mee dua bungkusnya tercampak ke longkang kaki lima.

“Arghhh...” terdengar satu suara turut mengadu kesakitan.

Jelas perlanggaran kenyal yang berlaku tadi memberi kesan yang kuat. Nasib baik cuma perlanggaran kenyal, kalau tidak mungkin salah seorang telah berjaya mendarat di atas yang seorang lagi.

“Mee saya... ” keluh Hanah. Dia masih menggosok-gosok lututnya yang terasa perit. Skirt hitam beropol paras lutut nampaknya gagal melindungi lututnya daripada tercedera. Legging hitamnya koyak dan lututnya sedikit calar.

“Cik, okay?” Jae Young yang sudah selesai membetulkan mana-mana uratnya yang mungkin lari akibat perlanggaran tadi mengalihkan perhatian kepada Hanah.

“Saya ni nampak macam okay ke?” kasar soalan Hanah. Matanya masih tertumpu pada legging yang koyak. Bajunya jangan katalah. Memang basah dengan Nescafe tadi. Mujur t-shirt dan cardigan yang dipakai berwarna gelap.

“Err..” Jae young serba salah. “Macam ni la, saya minta maaf. Tapi tadi cik pun jalan tak tengok orang. Jadi, cik pun bersalah jugak.”

Amboi mamat ni. Sempat pulak cari salah orang lain.

“Dah kalau awak nampak saya tak tengok jalan, kenapa awak langgar saya? Balas Hanah garang. Wajahnya masam. “Ganti mee saya!” Dia mengangkat muka memandang Jae Young. Mereka berdua berpandangan.

“Budak kecik?”

“Superstar?”

Serentak. Masing-masing mempamerkan riak terkejut.

Jae Young terus memandang sekeliling. Risau benar dia jika ada lagi paparazzi mengekori.

“Setiap kali jumpa kau mesti aku ditimpa malang. Hari tu ada paparazzi kejar aku dengan kamera. Hari ni lutut aku luka. Memang pembawa malang. Jinx! Feng shui tak bagus langsung.” Hanah memandang wajah Jae Young dengan penuh rasa menyampah.

Jae Young mendecit. “Eh? Siapa yang bawa malang dekat siapa? Kalau kau tak melulu masuk kereta aku, paparazzi tak akan sibuk ikut aku, curi tangkap gambar aku, manager aku tak akan mengamuk. Kalau aku Jinx, kau apa? Nightmare?”

Hanah mencebik. Dia menjeling Jae Young. “Dah. Pergi belikan Mee aku semula. Dua bungkus. Aku nak pergi tandas cuci luka ni.” Dia memerhatikan keadaan Jae Young. Kenapa aku sampai luka lutut, dia tak ada apa-apa pun. Berat sangat agaknya dia langgar aku sampai luka.

Jae Young mengeluh. Keluhan yang entah kali keberapa untuk hari ini.

“Dah. pergi lah. Nanti aku tunggu dekat lobi.” Hanah bangun dan terus berlalu. Dia masuk ke bangunan hospital mencari tandas.

Selesai membersihkan luka, dia ke kaunter pertanyaan meminta plaster daripada jururawat bertugas di situ. Leggingnya tidak lagi dipakai kerana memang koyak teruk.  Seorang jururawat muda berambut pendek meminta untuk memeriksa lukanya, tetapi ditolaknya dengan baik.

Selepas lima minit menunggu, Jae Young muncul di lobi dengan dua bungkus mee ditangan.

“Nah.” Bungkusan mee bertukar tangan.

Selepas memeriksa bungkusan itu, tanpa sepatah kata, Hanah berpusing mahu berlalu.

“Hey nightmare! Terima kasih kau mana?” Langkah Hanah terhenti setapak. Matanya bulat. Mengeluh. Dia berpusing.

“Terima kasihhh...” nadanya sinis. Hanah kembali melangkah menuju ke lift tanpa menoleh belakang.



Sedikit perubahan. ^^


Hai, Hari ni cuti. Jadi saya macam malas pulak nak ulangkaji subjek Central Nervous System Therapy saya. Awal semester memang macam ni. Plus, Saya sorang-sorang sebab roomate saya balik so, rasa macam sedikit bebas kut. Boleh taip cerita dengan tenang dan selesa. Macam saya cakap saya akan cuba update selalu, tapi bila dah start lab mungkin saya bertambah-tambah busy. Weekdays pun setiap hari kelas saya start pukul 8 habis pukul 6 atau 7 kecuali jumaat. Tapi jumaat pun mungkin akan lewat juga sebab kelas ganti. So, weekend je yang saya ada. Untuk belajar plus berhibur macam tulis cerita ni. So, Most probably, Saya akan cuba update once a week.

Okay, lets move to main topic.

Sebenarnya, saya ingat nak tambah watak baru. Watak yang akan jadi pesaing Jae Young dalam A Song For You. Originally, saya nak buat Woo Min (cast: Shim Changmin) akan bersaing dengan Jae Young (cast: Kim Jae  Joong) untuk rebut cinta Hanah (cast: Moon Geun Young). Then, perkara tu akan membawa perpecahan pada Ultimate. Tapi, tiba-tiba baru-baru ni baru saya terperasan yang it is a bit like JYJ dengan Homin punya situation. Maksud saya perpecahan, bukan kisah cinta. So, saya rasa saya tak nak adapt masalah JYJ dengan HoMin dalam ni, saya nak create Ultimate yang bermasalah tapi punya masalah sendiri. Sebab kalau saya adapt masalah those five dalam ni, it will be obvious because Ultimate pun look up TVXQ as senior artis yang inspire them. So, saya akan wujudkan watak baru yang luar daripada Ultimate dan akan bersaing dengan Jae Young. Dan lagi satu, kalau macam ni, saya tak perlu buat watak Min Ji dan Hanah serba salah antara cinta dan kawan yang akan membuatkan persahabatan dia orang bermasalah. Sebab saya nak bina watak Min Ji sebagai seorang yang akan sentiasa berdiri sebelah Hanah. 

Jadi, watak baru tu mungkin saya akan guna park jung min. Thanks to Hananorisa sebab buat kan saya terlintas nama park jung min pagi-pagi. Kenapa park jung min? sebab saya kenal dia as penyanyi, tapi tak tau real character dia. this way, senang sikit saya nak bina watak antagonist. kalau tak saya akan terikut park jung min punya real personality. macam saya selalu hampir end up terikut jaejoong dan junsu punya real personality, bukan yang saya bayangkan untuk cerita ni. tapi walaupun watak jung min dan jae young tu rival, mungkin mereka cuma berebut je bukan lah jahat. 

Okay.

with love,
-Ayumiyoshida-

Sunday, December 19, 2010

A Song For You | Chapter 4


Eric Cho mencampakkan sampul surat yang mengandungi beberapa keping gambar di atas meja kopi dihadapannya. Dia meraup wajah. Argghh! Budak Jae Young ni tak habis-habis dengan masalah. Sudah la karier nyanyian Ultimate bagaikan telur di hujung tanduk. Hanya menunggu masa untuk jatuh dan hancur musnah.

“Sabarlah abang. Kita tunggu penjelasan dari Jae dulu. Manalah tau mungkin ini semua gambar fitnah ataupun salah faham.” Pujuk Hyunsu. Dia yang baru muncul dari dapur bersama dua buah mug ditangan cuba menenangkan hati pengurus mereka. Melihatkan keadaan Eric sekarang, di matanya cuma terbayang sebuah gunung berapi yang bakal memuntahkan laharnya beberapa minit lagi.

“Sabar apa sabar? Budak tu tak habis-habis cipta masalah. Lepas tu muka ni jugaklah yang tolong cover setiap masalah yang dia buat. Belum kira kena kejar dengan papa dia lagi.” Eric menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Tangannya mencapai sekeping gambar yang terkeluar dari sampul surat kuning tadi.

“Papa dia ke paparazzi?” Hyunsu menghulurkan sebuah mug berisi jus kepada Eric. Dahinya sedikit berkerut.

“Dua-dua. Papa dia dengan paparazzi sama saja. Malah papa dia lagi dasyat.” Luah Eric geram. Hyunsu sekadar tersengih. Dia tahu Jae Young dengan papanya tidak pernah sebulu.

“Gambar macam ni kau kata fitnah?” Eric menghulurkan sekeping gambar ke tangan Hyunsu sambil meneguk airnya.

Hyunsu mengambil tempat di sofa mengadap Eric kemudian membelek gambar tersebut. Gambar Jae Young dengan seorang budak perempuan berbaju sekolah keluar dari Maserati Quattroporte Sport GT S putih milik Jae Young. Hyunsu menjentik-jentik gambar itu. Memang bukan gambar edit atau penyamaran. 

Lelaki di dalam gambar itu sememangnya Jae Young. Walaupun lelaki itu memakai kaca mata hitam, tetapi entah mengapa dia memang merasakan itu adalah Jae Young. Tapi, siapa budak perempuan tu? Hyunsu mencapai kesemua gambar yang ada. Di beleknya satu persatu. Beberapa keping gambar menunjukkan mereka masuk ke pintu utama sebuah hotel mewah. Namun tiada sekeping gambar pun yang berjaya menunjukkan identiti budak perempuan tersebut. Matanya terhenti di suatu gambar. Budak perempuan itu sedang menyerahkan sebuah beg kertas di kaunter lobi. Gelang silver di tangan kirinya menarik perhatian Hyunsu. Wajah seseorang terlintas di kotak fikirannya.

Lamunan Hyunsu terhenti apabila loceng apartmentnya berbunyi. Wajah bersahaja Jae Young terpampang di kamera. Pintu dibuka. Kehadiran Jae Young disambut dengan tepukan sinis daripada Eric. “Bravo, bravo...” Eric bangun menghadap Jae Young. Dia memeluk tubuh, merenung tepat ke wajah Jae Young. Jae Young sedikit pelik melihat aksi dingin Eric. Namun hanya dibiarkan sahaja.

“Kau ni dari mana?” Sinis nada Eric. Hyunsu hanya diam. Matanya menala ke arah Jae Young. Kedua-dua mereka menanti sesuatu keluar dari mulut Jae Young. Tanpa sebarang reaksi, Jae Young berlalu ke dapur. Eric mengeluh keras. Jae Young kembali ke ruang tamu bersama sebuah mug.

“Ada hal apa cari saya?” Jae Young bertanya jujur, tanpa rasa bersalah. Jelas sekali dia tidak tahu langsung tentang gambar itu. Tadi ketika dia sedang bersendirian di sebuah bar di kawasan berhampiran Han River, dia menerima panggilan dari Hyunsu yang memintanya pulang ke apartment mereka dengan segera. Kononnya ada perkara penting yang pengurus mereka, Eric mahu bincangkan.

“Kau tengok dulu gambar-gambar ni, lepas tu kau boleh cakap dengan abang hal apa yang kau dah buat.” Eric menyuakan beberapa keping gambar ke muka Jae Young.

“Buurssssstt...!” terbeliak mata Jae Young melihat gambar itu. Air kosong yang baru diteguknya habis tersembur keluar. Tepat ke muka Eric. Hyunsu menekup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangan cuba menahan tawa. Wajah Eric memerah. Dia mengelap wajahnya dengan hujung lengan kemeja. Amarahnya sudah memuncak barangkali.

Jae Young membelek satu persatu gambar itu. Bodoh! Macam mana aku boleh tak perasan yang ada paparazzi ekor aku ni? “Abang, percayalah ini semua salah faham!” Kelam kabut Jae Young cuba memerangkan. Risau dia kalau Eric mengamuk lagi macam dulu, semasa insiden dia dan Nataliya, model keturunan Russia kacukan Korea yang berasal dari Brooklyn bercium di sebuah kelab malam.

 Perempuan itu mula mengekorinya sejak setahun yang lepas sehingga ke hari ini. Tidak cukup dengan mengekorinya, Nataliya juga turut mengganggunya di telefon. Perempuan itu mengenalinya kerana menjadi extra dalam sebuah promotional video Ultimate. Betul dia mabuk teruk malam tu, tapi bukan dia yang cium Nataliya sebaliknya Nataliya yang ambil kesempatan dulu ketika dia mabuk. Kemudian, paparazzi majalah murahan yang suka menyebar gossip tentang dirinya sibuk merakam gambar. Oleh sebab itulah tercetusnya pergaduhan di kelab tersebut. Tak memasal dia yang ditahan ke balai. Nampaknya paparazzi tersebut tidak serik-serik lagi. Ah! Baru dia teringat. Pada hari dia menumpangkan budak sekolah itu pun, pada ketika itu dia sedang mengelak dari Nataliya.

“Salah faham apa? Kali kau nak cakap apa pulak? Mintak maaf lagi? Eh, kau ingat dengan mintak maaf boleh buat media berhenti cap kau sebagai Casanova?” Laju mulut Eric menghujani Jae Young dengan pelbagai soalan bagai tidak memberi peluang untuk Jae Young membela diri.

Jae Young menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia cuba menyusun kembali ingatannya satu persatu. Diceritakannya dari awal hingga ke akhir bagaimana dia boleh bersama budak perempuan tersebut yang akhirnya membawa bala ke atas Jae Young sendiri.

Eric melepaskan nafas kelegaan. Hyunsu sekadar tersengih sebaik mendengar cerita Jae Young. Di hatinya dia sentiasa yakin yang Jae Young tak akan sesuka hati membuat perkara yang akan mencemarkan nama baik Ultimate dengan sengaja. Orang yang paling sayang dan akan cuba mempertahankan Ultimate walau apa jua keadaan sekalipun adalah Jae Young. Sekurang-kurangnya itu jaminan yang dia boleh beri jika ditanya mengapa dia selalu mempercayai Jae Young. Dan gelaran Casanova tidak layak langsung untuk lelaki setia seperti Jae Young. Masakan tidak kalau Jae Young masih lagi mencintai bekas kekasihnya biarpun mereka sudah dua tahun berpisah. Dan punca Jae Young mabuk teruk pada malam ‘insiden cium sampai ke balai’ itu juga adalah Ji Na. Semua ahli Ultimate tahu hal itu. Cuma Jae Young meminta mereka merahsiakannya daripada Eric. Hyunsu tersenyum sendiri mengingatkan nama insiden yang diberikan oleh teman-teman Ultimate.

“Jadi macam mana kau nak buat? Kau pun satu, lain kali jangan baik hati sangat. Berhati-hati sikit. Kita tak tau mungkin budak tu pun turut bersubahat dengan paparazzi tu.” Ujar Eric. Dahinya berkerut memikirkan pelbagai andaian.

“Tak lah. Budak tu tak mungkin bersubahat. Lagipun, dia lari macam tu je lepas pulangkan semula beg baju yang saya bagi dekat kauter lobi. Dia siap tinggalkan nota ni.” Jae Young berkata yakin. Dia mengeluarkan secebis kertas dari dompetnya.
 
Pakcik ni penjenayah ke? Kenapa ada orang ikut saya dengan kamera?
 
Hyunsu tergelak sakan sebaik membaca nota tersebut. “Pakcik??? Wahh~ budak ni memang betul-betul... ish.. dia tak kenal kau ke??” Hyunsu mengelengkan kepalanya. Dia masih lagi ketawa.

“Diamlah.” Marah Jae Young sepatah. Dia menolak kepala Hyunsu.

“Dah-dah tak payah nak bertekak. Sekarang ni kita fikir macam mana cara nak selesaikan. Yang penting perkara ni tak boleh sampai dekat Presiden Ahn. Kalau tak habis kau orang.” Eric memberi amaran.

“Oh? Presiden tak tahu?” Soal Hyunsu. Eric sekadar menggeleng. “Sebab tu lah abang datang rumah kau. Petang tadi sampul surat ni sampai dekat ofis. Nasib baik abang yang jumpa dulu.”

Jae Young dan Hyunsu sekadar mengangguk. Kini mereka bertiga sudah duduk di atas sofa. Sunyi. Masing-masing sibuk berfikir jalan penyelesaian.
 
“Tap!” Hyunsu memetik jari. “adik kau?”

Jae young membalas dengan kerutan. Tak faham.

“Adik kau. Kata la budak dalam gambar tu adik kau.” Mata Hyunsu bercahaya.

“Adik aku? Min... Ji?”

Laju Hyunsu mengangguk. “Esok, kita jumpa wartawan penyibuk ni, bawak adik kau sekali. Kata dekat dia budak dalam gambar ni, adik kau? Okay?”

“Tapi, adik aku senior menengah tinggi. Budak ni Nampak macam junior menengah rendah je.” Balas Jae Young ragu-ragu dengan cadangan Hyunsu.

“Tak kisah. Yang penting, kau mesti dapatkan persetujuan adik kau untuk tolong kita.” Eric menambah. Cadangan itu adalah cadangan terbaik pada perkiraannya.

“Mmmm...aku tak berapa suka sebenarnya libatkan adik aku dalam hal karier aku. Lagipun kawan-kawan dia pun tak tau aku abang dia. Aku tak nak bagi dia tekanan atau menyusahkan hidup dia.” Jae Young masih lagi berat hati untuk menyetujui cadangan Hyunsu. Dia tak nak adiknya menjadi sasaran anti-fan atau pun paparazzi nanti. Itu adalah sebab mengapa dia meminta adiknya untuk tidak mendedahkan hubungan mereka.

“Jangan risau... Kita bukan bawa adik kau pergi sidang media. Kita bawa dia jumpa dengan pengirim gambar ni untuk bagi dia yakin je yang kita tak menipu.” Eric cuba meyakinkan.

“Tapi, memang kita menipu.” Bidas Jae Young.

“Ish, banyak bunyi la kau. Abang nak esok kau bawak adik kau ke sini, lepas tu abang tak nak kau timbulkan hal macam ni lagi.” Eric memberi kata putus. Dia bangun untuk beredar.

“Baiklah. Baiklah. Aha, saya nak Woo Min ikut sama. Senang sikit saya nak pujuk Min Ji tu.” Mereka berdua turut bangun mengiringi Eric keluar.

“Okay. Itu tak jadi masalah.”
 
********
 
Sebaik sahaja sampai di hospital, Hanah buru-buru menuju ke kaunter pertanyaan di lobi. Beberapa orang jururawat kelihatan sedang menyusun fail-fail sambil berbual perlahan.

“Tumpang tanya, di mana wad kardiologi? Saya nak jumpa pesakit bernama Lee Ha Ru. Dia kakak saya.” Nafas Hanah sedikit mendesah.

“Sebentar ya cik.” Jururawat yang menjaga kaunter itu tersenyum ramah. Tangannya sibuk menyelak helaian dokumen.

“Cik Lee Ha Ru ditempatkan di D4-135. Bilik ni tingkat empat sebelah utara.” Dia menujuk arah kepada Hanah.

“Terima kasih.” Hanah tunduk memberi hormat dan terus menuju ke lift.

Pagi tadi dia mendapat berita bahawa kakaknya pengsan dan dimasukkan ke hospital malam tadi. Bagai mahu tercabut jantungnya mendengarkan perkhabaran itu selepas bersarapan tadi. Mamanya sibuk dengan penggambaran di Okinawa, Jepun. Ah, kalau mamanya tahu pun belum tentu dia akan datang menjenguk. Sebenarnya makcik Yuri menyuruh dia bersabar sebentar. Sebaik selesai urusan pejabat, makcik Yuri akan mengambilnya di rumah. Berkali-kali makcik Yuri meyakinkannya bahawa keadaan Ha Ru stabil. Lagi pun datuknya ada di sana menunggu Ha Ru. Namun kedegilan Hanah bukan boleh dihalang.

Sesampainya dia di wad, seorang jururawat baru sahaja selesai mengambil darah kakaknya. Datuknya tidak kelihatan. Mungkin keluar berehat seketika.

“Kak...” Hanah duduk di sisi Ha Ru. Ha Ru cuba untuk bangun.

“Kak, janganlah. Akak baring je. Rehat banyak-banyak.” Hanah membetulkan selimut kakaknya. Wajah Ha Ru dilihatnya terlalu pucat.

“Akak nak makan buah? Epal boleh?” Ha Ru sekadar mengangguk. Hanah bangun mencuci beberapa biji epal di sinki, kemudian mengupasnya.

“Hanah...” lemah suara Ha Ru memanggil.

“Hmmm?” Hanah berhenti mengupas. Dipandang wajah Ha Ru dengan penuh rasa sayang.

“Terima kasih...”

Hanah sekadar menggeleng. “Kak, Hanah yang patutnya ucap terima kasih sebab akak kuat. Akak tabah... sabar... tak pernah merungut pun sebab sakit macam ni...” Dia tersenyum memandang kakaknya itu.

“Salah akak dik. Kalau akak tak keluar jalan-jalan ke taman permainan, kalau akak tak main dengan budak-budak kecil tu sampai akak penat, kalau akak duduk je berehat dalam rumah, mungkin akak tak pengsan dan susahkan atuk, makcik Yuri, Hanah...” nada Ha Ru penuh penyesalan.

“Hmm, Hanah tau, mesti akak bosan kan? sebab tu akak keluar jalan-jalan. Cuma kali ni nasib tak menyebelahi akak..” Hanah cuba menenangkan perasaan Ha Ru. Ini adalah kali pertama Ha Ru dimasukkan ke hospital setelah ketiadaan papa mereka. Mungkin kerana insiden papanya dulu, Ha Ru merasa bersalah dan serik untuk bertindak degil sendirian lagi. Namun semalam, nampaknya Ha Ru keluar lagi berjalan berseorangan tanpa izin. Walaubagaimanpun, Hanah faham perasaan kakaknya. Siapa yang boleh tahan kalau disuruh duduk dan berbaring sahaja di rumah sepanjang masa. Akaknya juga ingin menikmati hidup seperti orang lain. Sebab itu dia tidak pernah menyalahkan kakaknya itu.

Tiga biji epal yang dikupasnya sudah siap dipotong. Dia kembali duduk di sisi Ha Ru. Di suapkan sepotong epal ke bibir kakaknya.

“Hanah, mama... macam mana?” perlahan suara Ha Ru. Hati Hanah sedikit sayu mendengar soalan itu.

“Mama, okay. Dia sibuk dengan penggambaran di Jepun.” Sebolehnya Hanah cuba memaniskan muka. Dia tidak mahu kakaknya mengesan yang hubungan mereka tidak pernah pulih. Atau mungkin tidak akan pulih. Hanah merasakan yang mungkin Ha Ru rindu untuk berjumpa mama mereka meskipun hakikatnya Hanah sendiri kurang pasti adakah mama mereka masih menyayangi Ha Ru seperti dahulu. Seperti sebelum mendiang papa dan mama mereka berpisah.

“Hanah... pinjamkan akak mp3...” sekali lagi Ha Ru membuat permintaan. Hanah lantas membuka beg slingnya dan mengambil mp3 putih miliknya.

“Akak nak dengar lagu My Little Princess...” Pergerakan Hanah terhenti. Dia tergamam seketika. Nampaknya kakaknya masih lagi menunggu lelaki yang dibencinya itu. Suatu masa dulu dia juga pernah merebut cinta lelaki yang sama. Namun, kerana kasihnya pada Ha Ru dia sanggup mengalah. Sayang, panas memang tak pernah sampai ke petang, lelaki itu pergi meninggalkan kakaknya kerana cita-cita dan tak pernah kembali. Dia benci lelaki itu. Benci kerana lelaki itu mempermainkan hati kakaknya. Jika dia, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kudrat Hanah kuat untuk mencari lelaki itu, kemudian buat apa saja untuk melepaskan geram dan marahnya. Tetapi, untuk kakaknya yang sakit, hanya air mata peneman setia.

“Kak, Hanah tak simpan lagu tu... Kita dengar lagu lain ya?” kerana lelaki itu jugak, Hanah benci My Little Princess meskipun dia cukup meminati TVXQ. Hmm, TVXQ... lelaki yang sama juga mengajarnya tentang kumpulan tersebut. Dan dia mula meminati music TVXQ ketika dia sedang mencari kekuatan diri. Mencari sesuatu untuk berpaut sebelum dia hanyut.

Ha Ru sekadar mengangguk. Dicapainya mp3 di tangan Hanah kemudian dipasang ke telinga. Lagu Miduhyo (I Believe) beralun merdu. Ha Ru tersenyum mendengar lagu itu.

 

[Micky]
Girl, Let me prove that my love is real
I'll give all my love to you, Please Trust me

[Xiah]
I believe...I believe that one can fall in love at first sight
Though I told you that it wasn't possible
I only hid this thought from you because I was afraid
That you would look at me as if I was careless and hasty.

[Max]
To tell the truth, ever since I met you
I only lived with thoughts of you.
There was only one thing on my mind
From when I woke up in the morning
Till when I went to bed at night.

 
Tangan kanan Ha Ru memasang sebelah earphone ke telinga Hanah sementara tangan halus Hanah membelai-belai jemari kiri Ha Ru yang panjang dan runcing.
 

[Micky]
Love is a nervous feeling that flutters your heart...
It is like a breathtaking loneliness...

[U-Know]
Please keep looking at me with the same eyes...
Always and forever like this.

“ Hanah... kan seronok kalau akak dapat dengar music piano yang..” belum sempat Ha Ru menghabiskan kata, pantas telunjuk Hanah melekap ke bibir Ha Ru.



[Xiah]
If only you could stay close enough to me so that my heart can relax...
Just so that I could see you...I would be very happy.

[All]
I believe in you...
I will send all my feelings for you through the the way I look at you.
Do you know how my heart feels?
How I want to keep the feelings I have for you hidden?
Even the fearful feelings for when you might leave me one day.

[Xiah] You...

[Hero]
If I could stay by your side like this...
If, in the end, it is that I don't know anything about how much I love you.

 

“Akak.. jangan banyak sangat bercakap. Akak rehat saja ya?” Hanah tidak pasti mampukah dia untuk menahan perasaannya jika kakaknya terus mengingati cerita-cerita lama satu persatu. Pada Hanah, semua itu sudah lama mati, berkubur bersama mendiang papa yang sudah pergi meninggalkan mereka.
 
[All]
I believe in you...
I will send all my feelings for you through the the way I look at you.
Do you know how my heart feels?
How I want to keep the feelings I have for you hidden?
Even the fearful feelings for when you might leave me one day.

[Micky]
I can't let you go
You are the only one in my life...

Dan mp3 pun terus berputar, memainkan lagu-lagu yang mengusik jiwa dua beradik itu...


p/s: Chapter sebelum ni saya tertulis mendiang kakaknya. sebenarnya itu typing error. saya dah betul kan. thanks. selamat membaca. sila la komen. thanks ^^