With love, Me. ^^


Happy 7th anniversary to TVXQ. Whenever I say TVXQ, it means five. Forever. I may not a dedicated fan who will spend her day and night trending your name on twitter, being admin of fan-base accounts, take part in forum discussion or buying all of your albums, singles and merchandises, because I'm merely a little girl who has nothing. Neither time nor money. The only thing that I can promise is, no matter who you are, JYJ or HoMin, my bias or not, and no matter where I stand, who I'll be, I'll listen to you forever. Can I say, my music is my life..? lol. and believe me, you're my melody. Melody is a part of music, ain't it? And yeah, what else (money is not counted here, love too. yes bcoz we know everyone loves money and people need love) could bring happiness to a singer or musician except knowing the fact that there is someone in this world appreciates his pieces?^^

And yeah, the same goes with NEWS too. Your Never Ending Wonderful Story will never fade, at least from my memories. :)

To myself, readers, TVXQ, NEWS, and anyone who happen to stumble across this blog, No matter where you stand, or how hard it can be, always believe, tomorrow will definitely comes. Brings hope. God always with us. Kanarazu asuwa kuru kara.

With love,
Me ^^
-261210-

Love letter :)



Mula busy dengan Uni. The cycle repeats again-Lab reports, assignments, viva, quizes, tests, lectures, blablabla everything. However, akan cuba update sekerap mungkin. Please, bear with me okay? ^^

Tuesday, December 14, 2010

A Song For You | Chapter 3



Hampir sepuluh minit berlalu setelah loceng terakhir berbunyi. Hanah masih lagi meletakkan kepala di atas meja manakala buku Biologinya digunakan sebagai bantal. Kelas 3A sudah kosong sedari tadi. Cuma Hanah yang masih melekat di tempat duduknya.


Di luar kelas, Min Ji yang baru sahaja pulang dari kantin tersengih nakal sebaik sahaja dia ternampak Hanah yang masih enak tidur di dalam kelas. Dua tin coke sejuk ditangannya digenggam erat. Dia melangkah masuk ke dalam kelas sesenyap yang mungkin.

“Ahh!” Hanah sedikit terkejut apabila merasakan ada sesuatu merayap di tengkuknya. Jeritan kecil Hanah itu membuatkan Min Ji melepaskan tawanya.

 “Min Ji!” Hanah berpura-pura marah apabila menyedari sesuatu yang bergerak-gerak ditengkuknya tadi adalah jari-jemari Min Ji. Min Ji masih lagi ketawa sakan. Hanah memasamkan mukanya lalu kembali meletakkan kepalanya di atas meja.

 “Hey,hey,hey, bangun la sayang.” Min Ji menggosok-gosok tin coke yang sejuk ke pipi Hanah.

“ Ahh~ Sedapnya. Sejuk! Lagi-lagi.” Pinta Hanah. Matanya masih lagi terpejam rapat. Sengaja dia berbuat begitu untuk mengenakan Min Ji. Kacau orang lagi.

Menyedari taktiknya tidak berjaya, Min Ji menarik kembali coke itu, membuka dan meminumnya seteguk dua. Merajuk kononnya. Hanah yang mendengar Min Ji membuka tin coke terus menegakkan kepala. Dia menadah tangan sambil mengelip-ngelipkan mata.

 “Tau pun nak bangun.” Ujar Min Ji sambil meletakkan satu lagi tin coke yang masih belum dibuka ke tapak tangan Hanah. Hanah mencebik. Tangannya mencapai coke tersebut lantas membuka dan meneguknya.

“Eh Hanah, sampai bila awak nak main hide and seek dengan mama awak?” Soal Min Ji sambil meneguk saki baki cokenya yang terakhir.

Min Ji tidak tahu apa yang berlaku antara Hanah dengan mamanya. Dia juga tidak mengenali wanita itu walaupun dia dan Hanah adalah kawan baik. Hanah seperti tidak berminat untuk bercerita tentang keluarganya kepada orang lain. Hanah lebih banyak mendengar ceritanya daripada bercerita. Apa yang Min Ji tau cuma hubungan antara Hanah dan mamanya tidak baik. Itu pun dia tahu kerana Hanah sering pulang lewat dari sekolah. Jadual mereka memang penuh sehingga ke petang, tetapi Hanah sering duduk di sekolah sehingga malam. Menghadap buku biologi, subjek kegemaran Hanah. Selain itu, Hanah selalu melepak di rumahnya ketika hujung minggu. Hanah hanya memberitahu yang dia sedang bergaduh dengan mamanya setiap kali Min Ji bertanya.



 
“Sampai bila-bila.” Balas Hanah bersahaja. Jarinya ligat menjentik tin coke yang masih berbaki lagi separuh.

Mendengar jawapan Hanah, Min Ji mengeleng-gelengkan kepala. “Awak ni, sama aje macam seseorang yang saya kenal. Haih.” Keluh Min Ji. Dia melompat turun dari meja hadapan yang didudukinya sebentar tadi dan berjalan menuju ke arah Hanah.

“Ohh, bolehlah awak kenalkan orang tu pada saya nanti. Mungkin cita rasa kami sama.” Sinis Hanah.

“Ha. Ha. ha.” Balas Min Ji dengan nada ketawa yang di buat-buat. Hanah mengangkat kening. Matanya mengekori setiap pergerakan Min Ji. Kini gadis itu telah memusingkan kerusi dari meja hadapan Hanah dan duduk menghadapnya.

“Saya yakin seratus peratus yang awak tak akan berminat punya nak jumpa dia.” Min Ji tersengih-sengih. Hana sekadar mencebik.

“Daripada awak sibuk tanya siapa orang tu, lebih baik awak tengok ni, apa yang saya nak tunjuk.” Min Ji terlebih dahulu menutup cerita sebelum sempat Hanah membalas apa-apa.
                   
“Cuba awak tolong ambilkan beg saya sebelah awak tu.” Pinta Min Ji.

“Beratnya beg awak. Apa yang awak bawa dalam tu hah?” Kini giliran Hanah pula menggeleng-gelengkan kepala.

“Saya bukan macam awak. Pelajar cerdik. Cucu kawan baik pengetua sekolah. Kalau tak bawa buku pergi sekolah pun tak ada orang kisah.”

Sekali lagi Hanah mencebik. Dia cukup tidak suka kalau dia turut dikaitkan dalam hubungan baik antara tuan pengetua dan datuknya. Dan satu lagi, bila masa dia tak bawa buku pergi sekolah?

Sekolah mereka adalah sebuah sekolah swasta yang terletak agak jauh dari kesibukan bandar. Hanah menyukai sekolah itu kerana kedudukannya yang agak tersembunyi serta reka bentuknya yang unik dan cantik disamping usianya yang sudah melebih separuh abad. Hanah sendiri kurang pasti usia sebenar sekolahnya itu.

Sekolah dalam taman. Itu adalah konsep reka bentuk Sekolah Tinggi Royal. Dia sendiri tidak tau mengapa sekolah itu dinamakan Royal. Mungkinkah satu ketika dahulu bangsawan raja bersekolah di situ? Entahlah, dia tidak kisah itu semua. Apa yang dia tahu cuma, sekolah itu memang selalu menjadi pilihan golongan elite kerana menawarkan kualiti pendidikan yang baik. Ahh, biarlah. Itu semua tidak penting baginya. Yang penting bagi Hanah, dia sukakan sekolahnya kerana persekiran yang nyaman, penuh dengan landskap, pokok-pokok, dan yang paling utama sekali sahabat baiknya Min Ji serta termasuk juga seorang dua yang lain yang sudi berkawan dengannya seperti Kana, seorang gadis kacukan jepun bersama teman lelakinya Yi Han.

Jika bukan kerana syarat yang dikenakan oleh datuknya ke atas mamanya Puan Kim Iseul ketika memohon untuk menjaga Hanah sejak kematian papanya semasa dia di tahun akhir menengah rendah, mungkin dia tidak bersekolah di sini. Mungkin dia bersekolah di tengah Bandar Seoul yang sibuk dan merimaskannya itu kerana lebih hampir dengan rumah mamanya yang diduduki oleh mereka berdua sekarang. Dia tak pernah sukakan Seoul. Selama ini dia tinggal di Seo-gu, Incheon bersama mendiang papa, kakaknya yang sakit bernama Ha Ru, datuk dan makciknya, Lee Yuri adik kepada mendiang papanya. Biasanya mendiang papanya serta makciknya akan berulang-alik dari Incheon ke Seoul kerana syarikat urusan papanya, Haru-Shine Co. terletak di tengah ibu kota.

Haru-Shine Co. Mengeluarkan perbagai reka bentuk barangan kemas dan perhiasan yang melibatkan emas, perak, dan berlian. Mendiang papanya adalah salah seorang designer utama syarikat yang menghasilkan koleksi ciptaan yang dipanggil Harulover collection. Manakala makciknya, Lee Yuri menguruskan bahagian kewangan dan pengurusan dalaman syarikat.

Kini syarikat itu diuruskan sepenuhnya oleh makcik Yuri. Datuk dan makciknya turut berpindah ke Seoul, kononnya mahu dekat dengan Hanah sekaligus memudahkan makciknya menguruskan syarikat. Rumah mereka di Incheon disewakan. Itu apa yang dia dengar dari makciknya. Apa yang dia difahamkan, syarikat papanya sedikit merundum sejak kematian papanya. Mak ciknya, wanita bujang berusia 29 tahun masih lagi setahun jagung untuk menguruskan sebuah syarikat besar secara berseorangan. Tambahan pula, dia tidak memiliki asas tentang reka bentuk barangan kemas. Dia adalah graduan perakaunan dan langsung tidak berminat tentang seni apatah lagi reka bentuk barangan kemas dan perhiasan. Namun, pengalaman dia bekerja selama lima tahun bersama mendiang abangnya yang cukup menghargai seni membekalkan sedikit ilmu kepada Yuri.

“Hey, berangan.” Min Ji mencucuk pipi Hanah dengan jari telunjuknya yang halus.

Hanah seperti baru tersedar dari mimpi yang panjang. “ Hah, mana dia benda yang awak nak tunjukkan tu?”

“Ini dia.” Min Ji mengulurkan sebuah majalah kepada Hanah.

“Ah, Dongbangshinki! Jae Joong!” Hanah sedikit teruja apabila melihat kumpulan pujaannya di dada majalah.

Min Ji menarik semula majalah tersebut. Dia mencebik.

“Hey!” Protes Hanah. Dia cuba mencapai kembali majalah itu.

“Cik Cassie, bukan itu yang saya nak tunjuk. Tak habis-habis dengan Dongbangshinki dia. Saya tahu la awak tu Cassiopeia.” Kritik Min Ji. 

“Habis tu apa dia?” Hanah geram mendengar kritikan Min Ji. Biarlah. Bukan menyusahkan orang lain pun.

Majalah tadi diletakkan semula di atas meja. “Ini.” Jari telunjuk Min Ji ditalakan di halaman yang satu lagi. Bersebelahan dengan halaman yang penuh dengan gambar-gambar Dongbangshinki. Di situ, sebuah column kecil tertulis,



‘ULTIMATE TIDAK AKAN BERPECAH- PARK JAE YOUNG



Ultimate adalah sebuah kumpulan penyanyi idol dibawah Syarikat pengurusan Ahn entertainment yang memulakan karier nyanyian mereka kira-kira 3 tahun lalu. Mereka menyanyikan lagu-lagu bergenre pop, ballad serta R&B dan terdiri daripada 5 orang anak muda yang hampir sebaya dengan Hanah dan Min Ji. Sekurang-kurangnya itu yang Hanah tahu hasil daripada persahabatannya dengan Min Ji.

“Kalau awak nak cerita pasal Ultimate pada saya, tak apalah, terima kasih.” Hanah tidak langsung memandang gambar dan artikel di ruangan tersebut. Mendengarkan nama Ultimate saja sudah cukup membuatkan dia rimas.

“Hanah... Kenapa awak ni benci sangat dengan Ultimate? Mereka tak ada buat salah pun dekat Dongbangshinki awak, apatah lagi dekat awak.” Min Ji cukup tak faham dengan Hanah.

Selama hampir dua tahun dia mengenali Hanah, temannya itu adalah seorang pendengar setia yang akan sentiasa melayan setiap omelan dirinya, tetapi cuma dua perkara yang Min Ji hairan. Satu, Hanah cukup tidak suka kumpulan Ultimate disebut-sebut dihadapannya. Setiap kali ditanya, jawapannya hanyalah dia tak suka penyanyi yang hanya tahu menyanyi. Dua, Hanah suka ponteng kelas music. Alasan yang Min Ji dan orang lain akan dengar cuma ‘saya tak suka kelas music. Cikgu music suka suruh orang main piano. Dan saya tak pandai main piano macam kamu semua.’ Dua alasan yang cukup tidak masuk akal bagi Min Ji.

Wajarkah seorang gadis yang sentiasa ke hulu ke hilir bersama mp3 dan earphone melekat di telinga serta menjadikan music sebahagian daripada dirinya memberikan kenyataan seperti itu? Bukankah menyanyi memang kerja seorang penyanyi? Dan bukankah kelas music diwujudkan untuk mengajar mereka yang tak tahu bermain alat music seperti Hanah?

“Berani la mereka buat hal dengan Dongbangshinki, nanti saya.. ”

“Bunuh Jae Young?” Potong Min Ji. Keningnya diangkat sebelah.

“Siapa Jae Young?” Soal Hanah jujur. Min Ji menepuk dahi.

 “Leader Ultimate la. PARK. JAE. YOUNG. Angel Jae.” Min Ji sengaja menyebut sepatah-sepatah nama yang sememangnya tidak ingin di dengar Hanah, pada perkiraan Min Ji .

“Manalah saya ingat nama dia orang. Awak asyik sebut Woo Min, Woo Min, Woo Min. Saya ingat Woo Min tu la leader.” Rungut Hanah. “Mari sinilah majalah tu saya nak baca apa yang dia orang tulis pasal Dongbangshinki.” Wajah Hanah masih lagi mencuka.

“Kalau awak nak, baca dulu artikel pasal Ultimate ni.” Min Ji seakan mengugut.

“Iyalah. Awak tolong ringkaskan apa yang dia tulis. Saya malas nak baca.” Akhirnya Hanah mengalah. Kalau tak mengalah sampai ke sudah Min Ji akan menyoalnya dengan pelbagai soalan yang bukan-bukan.

Min Ji tersenyum puas. Yes! Akhirnya menang jugak. Bukan senang si budak keras kepala ni nak mengalah.

“Ingat tak Ultimate punya Christmas Eve Concert yang kita pergi dulu?”

“Hmm..” Hanah mengangguk malas.
Apa pulak tak ingatnya. Hari tu adalah hari yang paling menyeksakan bagi dirinya. Disebabkan Min Ji beriya memujuk dia untuk menemaninya ke concert itu, dia akhirnya mengaku kalah. Sejujurnya, dia mengikut Min Ji ke concert tersebut bukan kerana dia kalah dengan pujukan Min Ji, tetapi dia tidak mahu menghabiskan petang Christmas bersama mamanya. Dia pasti mamanya akan membawa pulang mana-mana lelaki dan mereka akan bersuka ria serta mabuk-mabuk sehingga larut malam. Dan jangkaannya tepat. Pada awalnya dia mahu mengunjungi rumah datuk dan makcik Yuri, menghabiskan hari di sana seperti Christmas sebelumnya, malangnya mereka ke Pulau Jeju atas urusan bisnes. Akhirnya, Min Ji Berjaya juga mengheretnya ke tempat yang dia pernah bersumpah tidak akan sekali-kali dijejakkan kakinya; concert Ultimate. 

“Lepas concert tu kan timbul scandal Jae Young dengan seorang model yang mengaku kekasih Jae Young. Mereka ditangkap mabuk dan bercium di sebuah kelab malam. Itu kali kedua Jae Young ditangkap bercium dengan perempuan. Pada malam tu juga, Jae Young sekali lagi terlibat dengan pergaduhan. Kes tu sampai melibatkan polis sebab ada yang tercedera.” Min Ji mengambil nafas.

“Lepas tu?” soal Hanah acuh tidak acuh.

“Syarikat rakaman kata sebab Jae Young selalu buat masalah, mereka mungkin akan gantung aktiviti Ultimate untuk seketika kalau masalah ni menjejaskan reputasi syarikat. Tapi, kesian dia, ada sumber yang saya boleh percaya kata model tu bukan kekasih dia.”

“Habis tu, kalau bukan kekasih, yang bercium tu? Kalau namanya artis, penyanyi idol pulak tu, semuanya sama je.” Potong Hanah.

“Dongbangshinki tu bukan artis? Bukan penyanyi idol?” Sindir Min Ji.

Hanah sekadar diam.

“Dan ada khabar angin kata syarikat rakaman mereka ada masalah kewangan. Mungkin mereka terpaksa dibubarkan.” Sambung Min Ji lagi. Nadanya berbunyi risau.

Hanah mengeluh. “Hey, itu kan khabar angin, jadi awak nak risau apa?”

“Tapi, ada orang cakap pada saya perkara tu betul. Syarikat macam nak letak semua kesalahan atas bahu Jae Young. Kesian dia.” Luah Min Ji.

“Hmm... kenapalah orang macam dia dipilih jadi leader. Dah memang salah dia. Kaki perempuan. Suka bergaduh. Sebelum ni dia pernah terlibat dengan pergaduhan masa dia masih sekolah dulukan? Awak yang cakap dengan saya dulu. Ingat tak? Huh. Saya tak faham kenapa awak boleh minat artis macam dia orang.” Hanah menggeleng-gelengkan kepala.

“Jangan la guna perkataan dia orang. Yang bermasalah dia je. Yang lain okay. Tapi, saya tahu Jae Young sebenarnya seorang yang baik. Lagi pun dia dah minta maaf, kan.” Min Ji cuba membela artis pujaannya daripada terus dikutuk Hanah.

“Yelah, yelah. Habis tu apa aje yang di tulis dekat situ?” Hanah malas mahu melayan, kalau boleh dia mahu menghabiskan topic ini secepat mungkin.

“Kata Jae Young, mereka cuma berehat untuk seketika. Sibuk dengan aktiviti private masing-masing macam sambung belajar. Mereka tak akan sekali-kali berpecah. Aktiviti mereka sebagai Ultimate macam persembahan televisyen masih berjalan seperti biasa cuma berkurang sikit sebab masing-masing sibuk dengan akiviti lain.” Min Ji menongkat dagu, merenung wajah Hanah.

“Jadi, sila percaya apa yang artis kesayangan awak tu cakap.” Hanah membalas renungan Min Ji.

“Saya percaya la... Malah, dia adalah orang yang paling saya boleh percaya dekat dunia ni.” Nada suara Min Ji berubah. Seakan-akan berfikir sesuatu yang amat mendalam.

“Eh?” Hanah sedikit pelik.

Min Ji sekadar menggeleng kepala kemudian tersenyum. “Aha, tengok gambar Ultimate ni dulu baru saya bagi awak belek puas-puas Kim Jae Joong awak tu.” Min Ji mengangkat majalah itu, menayang gambar Ultimate ke muka Hanah.


Hanah menepis tangan Min Ji. “Ish awak ni. Manalah saya nampak kalau awak buat  macam tu.” Majalah itu ditariknya. Dia merenung satu persatu wajah ahli kumpulan Ultimate. Matanya terhenti pada seseorang. Lama direnung wajah itu. Tanpa disedari, dia mengeluh kecil.

“Kenapa?” Min Ji berasa hairan mendengar keluhan itu.

“Patutlah awak suka sangat dengan Woo Min ni. Dia handsome sangat. Tinggi. Saya rasa dia yang paling handsome dalam kumpulan ni.” Hanah cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya tika itu. Bukan Woo Min yang menarik perhatian Hanah, tetapi orang lain, lelaki yang memiliki senyuman paling ramah dalam Ultimate. Namun begitu, dia tetap akui, Woo Min memang lelaki yang paling kacak di dalam kumpulan itu pada pandangan Hanah.

Min Ji tersengih-sengih. Dia menutup gambar itu dengan tapak tangannya. “Hey, jangan tengok lama-lama. Nanti awak suka dia pulak.” Min Ji membuat muka comel.

Hanah sekadar ketawa.

“Jangan risau, saya tak pernah suka penyanyi sebab dia kacak. Penyanyi kerjanya menyanyi. Jadi peminat perlu suka mereka sebab suara mereka sedap. Bukan sebab muka mereka kacak.”

“Alah, awak jugak yang kata tak suka penyanyi yang cuma tahu menyanyi.” Min Ji mengingatkan.

Hanah senyum tawar. “Itu perkara lain.” Benar dia selalu berkata begitu. Tetapi yang sebenarnya kata-katanya bukanlah sesuatu umum. Hanya dirinya sahaja yang faham.

“Yelah... Jae Young handsome tak? Kadang-kadang saya rasa awak dengan Jae Young ni macam sesuai je.” Min Ji tersengih nakal.

“Oh, yang paling kacak awak ambil, yang paling teruk, bermasalah, bagi dekat saya.” Hanah mencebik. "Mana satu dia?” Hanah menarik majalah itu ke arahnya.

“Lah, awak tak kenal ke?”

Hanah menggeleng.



“Ini.” Min Ji menunjuk gambar lelaki yang berdiri ditengah. Lelaki yang memiliki expresi wajah paling dingin.

Hanah merenung lama wajah itu. Dia seperti teringat sesuatu.

“Jae... Young... nama dia?” soal Hanah teragak-agak.

“Hmm.” Min Ji mengangguk. “Kenapa?”

Hanah menggeleng perlahan.

“Tak ada apalah.” Kini dia telah faham mengapa dia diekori oleh seorang lelaki yang membawa kamera semalam.

************************

P/S: kepada Haruno Hana:
Jawapan kenapa saya tak guna nama Jae joong terus sebab Hanah adalah seorang Cassiopeia. Bias dia jaejoong. Nanti keliru. =D

Tuesday, November 30, 2010

A Song For You | Chapter 2




Telefon bimbit di kerusi sebelah pemandu yang lagi tadi menjerit meminta untuk diangkat hanya dijeling. “Huh. Perempuan ni memang tak tahu penat agaknya.” Terzahir jugak keluhan dari mulut Park Jae Young. Pangilan itu terputus. Dia meneruskan pemanduannya yang sedikit terganggu. Memandu dalam cuaca yang kurang baik seperti ini bukan sekadar memerlukan dia untuk lebih berhati-hati tetapi juga menuntut kesabarannya. Tambahan pula, panggilan yang sedari tadi tidak berhenti-henti masuk sudah cukup untuk menguji tahap kesabarannnya.

“Treettt~treett~treeett~” Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Jae Young mengeluh. Dia mencapai telefon bimbitnya itu. Melihat nama pemanggil yang terpapar, dia merenung skrin itu sesaat dua. Masih lagi gadis yang sama. Sebelum sempat si pemanggil menghentikan panggilan, dia menekan butang off lantas mencampak telefon bimbitnya ke kerusi belakang dan terus menekan pedal minyak sekuat hatinya.

Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis berlari keluar dari sebuah kereta dan berdiri beberapa meter dihadapan keretanya. Dia terkejut lantas kakinya memijak pedal brake dan berhenti secara mengejut. Tubuhnya terdorong kehadapan. Akibatnya, kepala Jae Young terhantuk sedikit di steering. Mungkin  hentakkan yang tidak berapa kuat membuatkan airbag tidak berfungsi. Kepalanya diangkat dan digosok-gosok sedikit. Ahhhh~ nasib baik tak terhentak teruk sampai berdarah, desis hatinya. Belum sempat dia melihat dan menganalisis apa sebenarnya yang berlaku di luar, seorang gadis belasan tahun menerpa masuk ke dalam keretanya.

Jae Young merenung gadis itu dengan riak wajah sukar ditafsirkan. Gadis itu hanya memandang ke hadapan tanpa mempedulikannya. Kini dia mengalihkan pandangan keluar tingkap sebelah gadis itu. Dilihatnya seorang wanita menjerit-jerit seperti marah dari perut kereta mewah yang berhenti dilaluan yang bertentangan dengan arah laluannya. Dia seperti pernah melihat wanita itu.

heavenspostaman03
Pakcik, jalan.” Gadis itu bersuara rendah. Namun, ia cukup untuk membuat Jae Young mengalihkan pandangan daripada melihat drama yang berlaku di dalam kereta mewah tadi dan memandang ke arah gadis yang baru sahaja memberi arahan kepadanya. Dia merenung gadis itu dari atas ke bawah. Beruniform sekolah. Dan basah. Mungkin kerana hujan. Gadis itu kelihan seperti sedikit kesejukan.

Lee Hanah sedikit tidak selesa diperhatikan sebegitu. “Hey! bodoh ke? Tak faham bahasa??” jerkah Hanah tepat ke telinga Jae Young membuatkan dia sedikit terkejut. Hanah yang masih lagi dipengaruhi rasa marah pada mamanya terlupa yang dia berhadapan dengan orang yang tidak dikenali dan dia seharusnya menjaga adab dan tatasusilanya.

Mendengar jerkahan Hanah, dahi Jae Young berkerut. Bodoh? siapa bodoh? Aku ke dia? Perempuan yang menerpa masuk kereta orang lain tanpa fikir apa-apa, atau lelaki yang berhentikan kereta dan biarkan seorang perempuan masuk dalam keretanya tanpa kata apa-apa? Mana satu yang bodoh? Jae Young menggigit bibir. Ahhh~ kedua-duanya bodoh. Dia melepaskan keluhan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang kuat dari arah belakang. Jae Young sedikit tersentak. Dia lupa yang kini mereka berada di tengah-tengah jalan raya. Mungkin sudah hampir lima minit keretanya berhenti di situ. Mujur tidak banyak kenderaan yang lalu kerana hujan yang lebat atau bukan waktu puncak.

Hanah tersenyum sedikit mengejek. Bodoh. Tak pernah aku jumpa pemandu yang berhenti lama-lama tengah jalan. Harap kereta sahaja lawa dan mahal. Betul mungkin kata orang, lelaki kaya selalunya tak ada otak.

“Hey budak! Kau ni siapa? Kenapa tiba-tiba terpa masuk kereta aku?” Pertama kali Jae Young bersuara sejak Hanah berada disebelahnya. Jae Young menjeling sedikit ke arah Hanah, menunggu jawapan. Hanah hanya sekadar diam dan merenung ke hadapan. Dia seakan-akan tidak mendengari suara Jae Young kerana pada ketika itu fikiran Hanah sudah melayang jauh.

Dia terbayang satu persatu peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Mengapa hidupnya harus dilingkari dengan kesedihan? Kenapa dirinya harus menjadi watak utama sebuah episod duka? Mengapa keluarganya tidak pernah seperti orang lain? Kedengaran Love in The Ice, lagu popular kumpulan Dongbangshinki beralun merdu. Kumpulan penyanyi idol negaranya yang popular ketika itu serta turut mengembangkan karier di negara Jepun dibawah nama Tohoshinki.

Ahh~ kini baru Hanah perasan yang sedari tadi radio sebenarnya berputar. Atau sememangnya baru sahaja dipasang? Entah. Apapun, lagu itu lagu kegemaran Hanah. Lagu yang kadangkala dirasakan memiliki maksud tersirat yang hampir menyerupai kisah hidupnya. Walaupun lagu itu berbahasa jepun dan singlenya sudah keluar lebih kurang lapan bulan yang lalu, Hanah masih tidak jemu mendengarnya. Dia sangat berharap agar lagu itu turut akan dinyanyikan dalam bahasa ibunda mereka satu hari nanti. Melodi lagu iti sungguh indah. Lirik jepunnya juga cantik dan menyentuh hati. Selain Bahasa Inggeris, Hanah juga mahir berbahasa Jepun. Sebab itulah dia faham lirik lagu itu tanpa perlu mencari maksudnya.

Jae Young masih lagi menanti jawapan dari bibir Hanah. Suasana yang terlalu sunyi mengundang rasa kekok membuatkan dia memasang pemain dvd di dalam keretanya sebentar tadi. Dia sedikit geram dengan Hanah yang tidak memberi sebarang reaksi. Suara pemain dvd diperlahankan. “Hey! mana hilangnya suara kau?” Jae Young cuba mencari perhatian Hanah. Namun begitu, dia masih lagi cuba memberi seratus peratus perhatian pada pemanduaannya.

“Hey, kau tengok dahi aku ni bengkak agaknya sebab kau. Sekurang-kurangnya jawablah pertanyaan aku.” Jae Young membuka kaca mata hitam yang dipakainya lalu menunjukkan kesan lebab didahinya pada Hanah. Dia mula geram kerana berasa seperti bercakap dengan orang bisu.

Hanah masih tidak memberi sebarang tindak balas. Jae Young mencebik jengkel. Cermin mata hitamnya dicampak ke atas dashbord. Dia memijak pedal minyak dengan kuat tanda protes. Hanah tersentak dan memegang tali pinggang keselamatannya sekuat mungkin.

“Pakcik!” kata Hanah sedikit menjerit. Dia mengesat matanya yang basah dengan air mata, cuba untuk menyembunyikan kesan tangisan. Walaubagaimanapun, Jae Young sempat melihat aksi itu. Errk? budak ni menangis ke? Fikir Jae Young. Dia mula rasa bersalah lantas memperlahankan kembali keretanya.



Hanah melepaskan nafas sedikit berat. Denyutan jantungnya masih laju. Yang sebenarnya, dia dengar soalan-soalan Jae Young tadi, cuma fikirannya yang jauh menerawang membuatkan dia malas untuk mengambil endah pertanyaan lelaki itu.
Hanah memandang ke arah Jae Young. Wajahnya sayu dan terukir sedikit rasa bersalah. “Pakcik, saya mintak maaf.” Ujar Hanah sambil jarinya dihalakan ke arah dahi Jae Young yang sedikit lebam. Dia cuba untuk menggosok kesan lebam itu. Jae Young menepis sedikit tangan Hanah dari dahinya. Hanah menarik kembali tangannya. Dia tunduk sebagai isyarat meminta maaf.

“Maaf jugak sebab kotorkan kereta Pakcik.” Dia tahu siapa pun pasti marah kalau kereta mewahnya dikotori oleh pakaian yang basah. “Tapi pakcik, kalau pakcik pakai tali pinggang keselamatan tu mesti dahi pakcik tak akan jadi macam tu.” Ujar Hanah jujur. Nadanya sayu. Suaranya perlahan. Dia tunduk dan kembali memandang hadapan.

Jae Young sedikit tersenyum. Eh berani pulak budak ni tegur aku. Jujur betul. oh tali pinggang ya. Dia berkira-kira untuk membalas sesuatu yang mungkin boleh membuatkan budak perempuan itu terdiam atau takut untuk bersuara lagi. Dia tidaklah berniat untuk menakutkan budak perempuan yang pada perkiraannya berusia dalam lingkungan 14 atau 15 tahun itu. Tetapi, sekurang-kurangnya budak itu perlu tahu yang perbuatannya memberhentikan kenderaan orang lain dan menaikinya tanpa izin itu adalah salah dan mungkin berbahaya.

Walaubagaimanapun, baru sahaja Jae Young hendak membuka mulut, dia terpandang mata Hanah yang masih merah dan bengkak kesan selepas menangis. Mata sayu itu mengingatkan dia tentang seseorang lantas emosinya sedikit berubah.

“Sudahlah. Jangan panggil aku pakcik. Aku muda lagi. Pangkat abang dengan kau. Panggil aku Jae Young cukup. Atau abang Jae Young. ” Hanya itu yang terkeluar dari bibir Jae Young.

Hanah menggangguk.

“Jae Young.” sepatah dia berkata sambil menggosok-gosok kedua tapak tangannya yang kesejukkan. Jae Young yang ternampak perbuatan Hanah yang cuba untuk menghangatkan tapak tangannya itu berkata “Di belakang ada jaket aku. Pakailah. Nanti kita singgah satu tempat, tukar baju kau. Basah dan kotor sangat.” Jae Young memandang Hanah sekilas.

“Terima kasih.” Ujar Hanah sepatah.

 “Aku cuma tak suka kereta aku kotor terlalu lama.” Balas Jae Young sedikit dingin. Tangannya beralih ke pelaras penghawa dingin dan memperlahankannya. Selepas itu dia meneruskan pemanduannya tanpa sebarang bicara.





Tuesday, November 23, 2010

A Song for You | Chapter 1

2008 :: I was | Our past | The Memories


“Siapa lelaki tadi?” Tanya Hanah dingin.

Dia memandang ke luar tingkap.  Hujan gerimis mulai turun. Kereta mewah yang di naikinya itu meluncur laju. Dia menjeling mamanya puan Kim Iseul yang masih sibuk mengemaskan gincu di bibir. Langsung tidak mengendahkan pertanyaan Hanah. Di fikiran Hanah, dia masih terbayang apa yang berlaku dihadapan matanya sebentar tadi. Aksi mamanya berpeluk cium dengan seorang lelaki muda cukup menjijikkan.

“ Kenapa tiba-tiba ambil saya dari sekolah berlagak macam seorang mama yang bertanggungjawab?” Kasar pertanyaan Hanah. Dia masih lagi memandang ke arah tingkap. Baginya, memandang air hujan yang turun membasahi bumi itu lebih menenangkan berbanding memandang wajahnya mamanya yang cukup menyebalkan itu.

“Hmm, itu kekasih mama. Dia nak kenal kamu.” Balas Puan Kim Iseul selamba sambil menyimpan alat soleknya kembali ke dalam tas tangan.

“Hanah,” Puan Kim Iseul menyentuh bahu Hanah. “dia baik kamu tahu. Mungkin dia boleh buat mama bahagia. Siapa tahu?” Dia menyambung sambil tersenyum. Terbayang segala kebaikan pengarah muda itu terhadapnya.

Hanah menepis tangan mamanya. “ohh~ kekasih… yang minggu lepas bawa balik rumah mabuk-mabuk pun kekasih. yang lain-lain lagi pun, kekasih.” sindir Hanah. Dia memandang wajah ibunya dengan penuh sinis.

Puan Kim Iseul mengangkat muka. Mata mereka bertentang. Hanah merenung ibunya tajam. “Apa kamu ni celupar sangat cakap dengan mama kamu macam ni? Mana pergi adab kamu?” Suara Puan Kim Iseul naik sedikit. Dia mula geram dengan sindiran anaknya itu. Pemandu dihadapan cuba mencuri pandang melalui cermin pandang belakang. Kereta masih meluncur laju dan hujan yang tadinya hanya gerimis semakin lebat.

Tersentak dengan teguran mamanya, Hanah semakin geram lantas dia menjerit ke arah mamanya. “Yah! mama! ” suaranya tinggi namun tersekat disitu. Dia seperti berfikir sesuatu “Ah, bukan." Hanah berjeda seketika. "Iseul. Kim Iseul! Layak ke wanita macam awak untuk dipanggil mama? huh?!” Tengking Hanah. Matanya memercikkan api kebencian.

Dan kata-kata Hanah sudah cukup untuk membakar kemarahan Puan Kim Iseul. “Ahh, budak ni! duduk dengan ayah, duduk dengan atuk, tak terdidik langsung.” jari telunjuk kirinya laju menunjal kepala Hanah. Hanah tidak melawan. Ada sesuatu yang berjaya menusuk hatinya, lebih sakit jika hendak dibandingkan dengan tujahan mamanya.  

Ayah? Atuk? Kata-kata mamanya cukup untuk membuatkan tahap kesabaran Hanah sampai ke kemuncak. “Pak cik, tolong berhentikan kereta.” Pemandu tersebut seperti tergagak-agak. “Tapi, hujan lebat ni cik.” Lelaki itu cuba memujuk untuk menenangkan Hanah. Mamanya hanya mendiamkan diri seperti tidak mendengar langsung suara Hanah. “Saya kata berhenti, berhentilah.” suaranya ditekan sedikit. “Tapi cik…”

“Hei!” belum sempat pemandu itu menghabiskan katanya  kedengaran pekikan Puan Kim Iseul. “Kalau dia suruh berhenti, berhenti saja lah. Tak perlu risaukan dia!” Tengkingan itu membuatkan si pemandu membuat brek kecemasan. Terkejut barangkali. Huh, anak dengan mama sama saja. Garang tak bertempat. Detik hati si pemandu. “Hah, keluarlah!” jerkah Puan Kim Iseul tepat menusuk ke telinga Hanah.

Tanpa sepatah kata Hanah keluar dengan wajah yang masam mencuka lantas menghepas pintu kereta sekuat hatinya. “Hei! Dah gila ke?” Jerit mamanya semula cuba memanggil Hanah untuk masuk ke dalam kereta kembali. Dia tidak menjangka yang Hanah akan betul-betul turun dari kereta. Hanah tidak mempedulikan mamanya Lantas dia menahan sebuah kereta yang bertentangan dengan haluan mereka lalu masuk ke perut kereta tersebut.

Monday, November 22, 2010

A Song for You | Prolog

 Hidup ini penuh dengan pelbagai kebarangkalian. Manusia punya banyak jalan yang boleh dipilih. Kadangkala, dengan hanya dipisahkan oleh satu simpang, itu cukup untuk membuatkan kehidupan menjadi terlalu berbeza dengan laluan-laluan yang lain. Dan jika aku tidak memilih jalan yang itu,  kita mungkin tak akan bertemu, lalu membuatkan aku tercampak ke sini. Dia merenung langit malam yang penuh dengan bintang dari balik langsir tingkapnya. Fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Sedang asyik merenung, satu cahaya melintas dihadapan mata. Dengan pantas dia menutup mata dan meletak tangan ke dada. membisik sesuatu. Jari jemarinya yang halus tersentuh cincin yang dijadikan loket rantainya. Digenggamnya erat cincin itu.


  ************


Dia membuka mata setelah beberapa ketika. Sudah menjadi tabiat untuk membisikan permohonan setiap kali dia melihat tahi bintang. Dia memandang langit luas. Malam yang tidak berbintang. Sunyi sepi. Hanya kedengaran suara unggas malam bersahutan sekali-sekala. Dia berbaring di atas rumput. Masih merenung langit. kosong. Jiwanya kosong. Fikirannya masih bercelaru mencari jawapan. Dia melepaskan keluhan. Cuma satu yang dia pasti, jika bukan kerana pertemuan itu, dia mungkin masih seperti dahulu. Setelah hampir sejam masa berlalu, matanya mula berat lantas bangun lalu membetulkan duduknya. Jaket hitamnya ditarik. Kakinya dirapatkan ke dada. Lututnya di peluk dan dagunya direhatkan di situ. Serasa angin malam bertiup lembut namun cukup untuk membuatkan dia kesejukan. Ah, hawa musim sejuk cukup untuk menggigit kulitnya hingga ke tulang-temulang. Setelah beberapa ketika, dia bangun lalu meninggalkan bukit itu. Bukit yang tidak mungkin dia lupakan sepanjang hayatnya.

A Song For You | Characters


 This story is dedicated to Cassiopeia all around the world. Always keep the faith. :)

A SONG FOR YOU

Like ice, the embraced heart slowly starts to thaw...

Dia adalah gadis yang sedingin salji di musim sejuk. Dia tidak pernah mengizinkan sesiapa pun untuk masuk ke dunianya kerana dia sendiri masih keliru.

Dia lelaki hebat. Dia punya segala. Dia juga pencinta setia. Namun, hatinya masih kosong. Mengapa dia harus dilahirkan di dalam dunia yang sentiasa menentang kehadirannya.

Mereka berdua dari dua dunia berbeza tetapi memiliki cerita yang hampir serupa. Pertemuan pertama yang tidak dirancang, pertemuan kedua juga tidak disengajakan, adakah pertemuan ketiga layak digelar sebagai takdir?




Lee Hanah (18)

To Park Jae Young : If it was me, I′d make your heart warm once more with eternal tenderness...



Park Jae Young (20)

To Lee Hanah: The place for you is here, don′t be afraid and don′t hesitate anymore, because I will protect you...


Yoon Ji Na (20)

To Park Jae Young: say if my wish could come true, would someone please cast magic on you so thatno tears of sadness would ever have to fall down your face...



Cho Jung Min (18)

To Lee Hanah: From the first day that I met youI felt like I knew you baby, why did I end up falling for you?



Han Hyunsu (20)

To Lee Ha Ru: Even though a lot of time passes, it’s still awkward without you here, my little princess.


Park Min Ji (18) 

To Shim Woo Min: Perhaps, the reason I only look at you from afar, like a fool, is for fear that you may turn your face away, and you and I may drift further apart...




Shim Woo Min (18)

To Park Min Ji: Love, what is it?


Lee Ha Ru (20)

To Han Hyunsu: If our fates aren't linked I'll stop to breath, I'll turn into a star to watch over you...



 Cho Hae Ra (18)

To Park Jae Young: Oppa, you’re mine. Have I told you before?

Theme Song : Love in The Ice-DBSK


Other songs included:

1) My Little Princess-DBSK


2) Begin-DBSK


3) Memories-Aragaki Yui



Selamat membaca semua =D
Terima Kasih. ^^