Segalanya sudah selesai. Jae Young menarik nafas lega. Dia betul-betul bersyukur kerana Min Ji sudi menghulurkan bantuan. Tapi sekarang timbul satu masalah lain. Dia merenung lama bangunan serba putih itu. Min Ji ni betullah…
“Abang...sampai bila nak duduk sini je? Cepatlah. Min Ji lapar ni.” Tangannya ligat mengusik-usik barang-barang Jae Young di dalam kereta itu.
Jae Young sekadar mengerling. Makan, makan. Tadi baru makan. Makan lagi. Detik hati Jae Young. Bibirnya dicebik. Di lepaskan tali pinggang keselamatan. Dia mengeluh. Ini semua Min Ji punya pasal. Main syarat-syarat pulak.
“Abang tak payah nak umpan Min Ji dengan Woo Min. Kalau abang nak Min Ji tolong, janji dengan Min Ji abang akan ikut Min Ji pergi satu tempat esok lepas Min ji tolong abang. Kalau tak jangan harap.”
Tak sangka pula dia tempat itu adalah tempat terakhir yang akan dijejakinya. Itu pun jika benar-benar terpaksa.
“Abang... dah 30 minit kita dekat sini..” rengek Min Ji.
Jae young mencebik lagi. “Sejak bila jadi licik macam ni? Tau kan abang tak suka nak jumpa papa?”
“Alah, Min Ji dah malas nak dengar papa asyik bising pasal abang dekat rumah, lepas tu asyik tanya Min Ji ada tak Min Ji jumpa abang. Jadi, dah ada peluang, Min Ji bawak aje lah abang jumpa papa. Senyap sikit dia lepas ni.” Omel Min Ji. Muncung.
“Yelah-yelah. Banyak cakap la budak ni.” Pipi Min Ji ditarik. Dia mencapai kaca mata hitamnya lantas keluar dari perut kereta.
Min Ji tersengih. Fuhh~ Akhirnya berjaya juga dia memujuk abangnya. Bukan senang ni! Min Ji menunggu di dalam kereta. Malas hendak ikut abangnya masuk ke dalam bertemu papa mereka. Dia kurang gemar masuk ke hospital kerana kurang suka akan bau ubat-ubatan. Lagi pun, dia memang mahu memberi ruang kepada abangnya dan papa mereka bercakap dengan lebih selesa. Dia tidak mahu kehadirannya mengganggu mereka.
********
“Keadaan Ha Ru stabil. Jangan risau. Tapi pastikan dia tak melakukan aktiviti yang memenatkan macam berlari atau terlalu banyak berjalan. Saya takut kalau masalah macam ni timbul lagi. Keadaan jantung dan paru-paru dia terlalu lemah untuk aktiviti-aktiviti macam tu.” Dr. Park memberi sedikit peringatan sebagai kata-kata akhir kepada Hanah dan datuknya. Mereka sekadar mengangguk.
Hampir setengah jam mereka mendengar penerangan Dr. Park tentang keadaan penyakit Ha Ru. Mereka bersalaman. Dr. Park turut bangun mengiringi mereka keluar.
“Sifu jangan risau. Saya sentiasa cuba yang terbaik untuk pesakit saya.” Dr. Park menepuk-nepuk bahu datuk Hanah. Encik Lee mengangguk-angguk. Tidak disangka yang anak muridnya dulu, kini telah Berjaya menjadi seorang Pengarah Hospital. Park, pelajar miskin, tetapi bijak dan rajin berusaha. Dia selalu mengagumi pelajar itu. Park adalah pelajarnya ketika zaman awal dia menjadi seorang guru. Ketika dia masih belajar menimba pengalaman. Semalam ketika Ha Ru dimasukkan ke wad, Dr. Park segera dapat mengecam wajah Encik Lee. Mereka berborak panjang dan Dr. Park memanggilnya dengan gelaran sifu kerana Encik Lee adalah guru yang paling dia hormati juga kagumi.
Hanah dan Datuknya kembali ke bilik Ha Ru. Sesampai di sana Ha Ru sedang lena tidur. Mungkin baru selesai diberi ubat. Mereka berdua duduk di sisi Ha Ru. Hanah mula terasa lapar. Matanya meliar mencari jam di dinding. Pukul 2 petang. “Atuk nak makan apa? Biar Hanah beli makanan. Atuk rehat dulu dekat sini.” Hanah bangun membetul-betulkan skirtnya .
“Atuk ikutlah. Kita makan sama-sama. Ha Ru tidur lagi pun.” Encik Lee bangun.
“Tak payahlah atuk. Atuk rehat je, ye?” matanya memandang sekeliling. “Aaa, atuk rehat dekat sana.” Hanah menarik tangan datuknya ke arah sebuah sofa di situ. “ Okay, atuk boleh tidur ke, rehat dekat sini, nanti Hanah bungkus makanan dari cafeteria, lepas tu kita makan sama-sama? Boleh?”
Encik Lee senyum. Dia mengangguk.
************
Sebaik Jae Young melangkah ke dalam bangunan hospital, beberapa orang jururawat muda berbisik-bisik dan menunjuk-nunjuk ke arahnya. Jae Young kurang selesa. Isy, dah pakai shades ni pun orang masih cam aku ke? Nanti tiba-tiba karang muncul wartawan dekat sini, satu hal. Dia melangkah ke lift. Hanya dia berseorangan. Lega. Kaca mata hitam ditanggalkan. Lalu menyandar ke dinding lift. Sebelum sampai ke tingkat yang ingin dituju, lift berhenti dipertengahan. Masuk dua orang doktor senior. Mereka menyapanya. Jae Young sekadar angguk dan senyum. Tidak ramai yang tahu Jae Young adalah anak pengarah hospital. Mungkin hanya pegawai atasan seperti mereka sahaja yang tahu. Berlainan dengan Min Ji. Hampir seluruh hospital mengenali Min Ji sebagai anak pengarah. Mungkin kerana Min Ji kerap ke sini.
Jae Young sampai ke tempat yang di tuju. Di mengetuk pintu.
“Masuk.” Terdengar suara Dr. Park dari dalam.
Jae Young masuk bersahaja. Wajahnya tanpa expresi.
“Nak jumpa saya sangat kenapa?” Jae Young bersuara dingin. Langsung tidak memandang wajah orang tua di hadapannya.
“Duduk.” Arah Dr. Park. Jae Young sekadar menurut.
“Sihat?”
Jae Young mencebik. “Itu soalan doktor atau seorang papa?” sindirnya.
Dr. Park mengangguk. Di menyandar di kerusi. Tangannya disilang ke dada. Terdengar sedikit keluhan kecil.
“Sampai bila kamu nak hidup macam ni? Tanpa tujuan.” Matanya masih melekat di muka Jae Young.
Diam. Hanya detak jarum jam mengisi kesunyian.
“Papa nak kamu sekolah semua. Kemudian masuk universiti.” Tenang tetapi tegas arahan Dr. Park.
“Apa??” Jae Young mula melenting. Badannya ditegakkan. Dia mula merenung papanya. Tajam.
“Ini arahan papa. Muktamad.” Dr. Park memberi kata putus.
“Apa semua ni? Guna Min Ji untuk bawa saya datang sini, lepas tu suruh saya sekolah, sambung universiti, lepas tu apa? Suruh saya ambil alih hospital ni???” Tinggi suara jae young. Dia menolak kerusi dengan kuat. Bangun menuju ke pintu.
“Dengar sini!” Tengking Dr. Park. Dia bangun dari duduk. “Selama ni papa ikutkan je perangai kamu. Papa suruh jadi doktor, kamu nak jadi penyanyi. Papa tak setuju, kamu buat jugak. Impian konon. Buat masalah di sekolah, lepas tu apa jadi sekarang dengan karier nyanyian kamu? Masuk majalah, surak khabar, scandal sana-sini. Sampai bila kamu nak hidup macam tu? Sampai mati?”
Langkah Jae Young mati. Tangannya yang sedang memulas tombol pintu turut terhenti.
“Sampai mati? Huh?” Jae Young senyum sinis. “Hari kematian mama adalah hari terakhir saya hidup. Huh! Doktor…” Jae Young kembali berpusing menghadap Dr.Park.
“Tuan doctor, saya tak teringin untuk jadi macam kamu.” Sinis nada itu.
“Papa tak suruh kamu jadi doctor, papa mahu kamu graduate dari sekolah tinggi sambung universiti. Kalau kamu nak jadi penyanyi, jadi penyanyi yang ada kualiti, bukan sensasi dengan skandal dan gossip murahan. Buktikan kualiti kamu.”
Jae Young diam. Dia tidak menjawab sepatah dan terus keluar menghempas pintu. Dia tahu ada benarnya disitu. Tapi, bukan dia yang mengundang gossip-gosip itu semua. Papa tak pernah faham.
Fikiran Jae Young berkecamuk. Langkahnya laju. Dia hanya ingin pulang ke rumah. Sakit hati mengingat kata-kata papanya.
**********
Hanah berjalan menuju ke pintu masuk utama. Kafeteria yang terpisah daripada bangunan utama hospital membuatkan dia terpaksa berjalan jauh sedikit. Tetapi dia tidak kisah. Dua bungkus Mee Sup di tangan kiri. Manakala tangan kanannya menggenggam tin Nescafe. Dia minum sambil berjalan. Matanya meliar ke seluruh kawasan hospital. Cantik jugak tempat ni. Detik hatinya.
Tiba-tiba, “Aduh!” Hanah jatuh terduduk. Nescafe tumpah ke baju. Mee dua bungkusnya tercampak ke longkang kaki lima.
“Arghhh...” terdengar satu suara turut mengadu kesakitan.
Jelas perlanggaran kenyal yang berlaku tadi memberi kesan yang kuat. Nasib baik cuma perlanggaran kenyal, kalau tidak mungkin salah seorang telah berjaya mendarat di atas yang seorang lagi.
“Mee saya... ” keluh Hanah. Dia masih menggosok-gosok lututnya yang terasa perit. Skirt hitam beropol paras lutut nampaknya gagal melindungi lututnya daripada tercedera. Legging hitamnya koyak dan lututnya sedikit calar.
“Cik, okay?” Jae Young yang sudah selesai membetulkan mana-mana uratnya yang mungkin lari akibat perlanggaran tadi mengalihkan perhatian kepada Hanah.
“Saya ni nampak macam okay ke?” kasar soalan Hanah. Matanya masih tertumpu pada legging yang koyak. Bajunya jangan katalah. Memang basah dengan Nescafe tadi. Mujur t-shirt dan cardigan yang dipakai berwarna gelap.
“Err..” Jae young serba salah. “Macam ni la, saya minta maaf. Tapi tadi cik pun jalan tak tengok orang. Jadi, cik pun bersalah jugak.”
Amboi mamat ni. Sempat pulak cari salah orang lain.
“Dah kalau awak nampak saya tak tengok jalan, kenapa awak langgar saya? Balas Hanah garang. Wajahnya masam. “Ganti mee saya!” Dia mengangkat muka memandang Jae Young. Mereka berdua berpandangan.
“Budak kecik?”
“Superstar?”
Serentak. Masing-masing mempamerkan riak terkejut.
Jae Young terus memandang sekeliling. Risau benar dia jika ada lagi paparazzi mengekori.
“Setiap kali jumpa kau mesti aku ditimpa malang. Hari tu ada paparazzi kejar aku dengan kamera. Hari ni lutut aku luka. Memang pembawa malang. Jinx! Feng shui tak bagus langsung.” Hanah memandang wajah Jae Young dengan penuh rasa menyampah.
Jae Young mendecit. “Eh? Siapa yang bawa malang dekat siapa? Kalau kau tak melulu masuk kereta aku, paparazzi tak akan sibuk ikut aku, curi tangkap gambar aku, manager aku tak akan mengamuk. Kalau aku Jinx, kau apa? Nightmare?”
Hanah mencebik. Dia menjeling Jae Young. “Dah. Pergi belikan Mee aku semula. Dua bungkus. Aku nak pergi tandas cuci luka ni.” Dia memerhatikan keadaan Jae Young. Kenapa aku sampai luka lutut, dia tak ada apa-apa pun. Berat sangat agaknya dia langgar aku sampai luka.
Jae Young mengeluh. Keluhan yang entah kali keberapa untuk hari ini.
“Dah. pergi lah. Nanti aku tunggu dekat lobi.” Hanah bangun dan terus berlalu. Dia masuk ke bangunan hospital mencari tandas.
Selesai membersihkan luka, dia ke kaunter pertanyaan meminta plaster daripada jururawat bertugas di situ. Leggingnya tidak lagi dipakai kerana memang koyak teruk. Seorang jururawat muda berambut pendek meminta untuk memeriksa lukanya, tetapi ditolaknya dengan baik.
Selepas lima minit menunggu, Jae Young muncul di lobi dengan dua bungkus mee ditangan.
“Nah.” Bungkusan mee bertukar tangan.
Selepas memeriksa bungkusan itu, tanpa sepatah kata, Hanah berpusing mahu berlalu.
“Hey nightmare! Terima kasih kau mana?” Langkah Hanah terhenti setapak. Matanya bulat. Mengeluh. Dia berpusing.
“Terima kasihhh...” nadanya sinis. Hanah kembali melangkah menuju ke lift tanpa menoleh belakang.
3 comments:
suka3
haha
lawaklah duorang nie
tak sangka leh jumpa balik, dahlah asyik gaduh aje tu
XD
hahaha.. tiba2 je rasa macam nak jadi watak hanah tu jugak, huhu..
eh nak balik sekolah dah kan? all the best ya. untuk belajar dan untuk spm. :D
pulak dah...
jumpa terus gaduh? haiz..
huhu..
=)
Post a Comment